Sabtu, 31 Ogos 2013

Kelantan tempah laluan sukar


PENYERANG Kelantan, Indra Putra Mahyuddin (tengah) cuba melepasi kawalan dua pemain Negeri Sembilan ketika tumpas mengejut 3-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.


KELANTAN menempah laluan sukar untuk mara ke pusingan suku akhir selepas tumpas mengejut 3-2 kepada Negeri Sembilan dalam aksi keempat Kumpulan C kempen Piala Malaysia 2013 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Tuan rumah yang beraksi di hadapan 25,000 penyokong sendiri dikejutkan dengan jaringan awal pasukan pelawat menerusi S. Sivanesan pada minit ke-13 hasil rembatan dari jarak dekat yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Kelantan cuba bangkit dan hampir mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-21, namun percubaan Obinna Nwaneri berjaya diselamatkan penjaga gol pelawat Mohd. Kaharudin Abdul Rahman.
Mohd. Kharudin terus bertindak cemerlang apabila mengagalkan tiga peluang terbaik pasukan tuan rumah untuk memperoleh gol penyamaan pada minit ke-33, 34 dan 35 hasil rembatan deras Mohd. Nor Farhan Mohamad dan Zairul Fitree Ishak.
Tonggak berpengalaman, Indra Putra Mahyuddin mengamatkan Stadium Sultan Muhammad IV apabila meledak gol penyamaan menerusi rembatan kencang yang melepasi jangkauan Mohd. Kaharudin pada minit ke-37.
Kelantan terus bernafsu untuk menggandakan jaringan menerusi serangan bertali arus tetapi gagal menepati sasaran, sekali gus menyebabkan kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada babak kedua, Ahmad Fakri Saarani meletakkan Kelantan di depan apabila menjaringkan gol kedua menerusi tandukan pada minit ke-48.
Sepuluh minit kemudian, pasukan pelawat berjaya mengikat kedudukan 2-2 apabila penyerang import, Fabio Leandro Barbosa meledakan gol penyamaan selepas bijak memperdayakan dua tonggak pertahanan Kelantan sebelum melepaskan rembatan leret melepasi jangkauan Khairul Fahmi.
Kelantan kembali memperkemaskan rentak perlawanan dan hampir mendapatkan gol ketiga pada minit ke-70, namun dinafikan oleh ketangkasan Mohd. Kaharudin yang berjaya menepis keluar rembatan tersebut.
Penyerang import Negeri Sembilan Leonardo Barbosa menghukum kealpaan benteng pertahanan Kelantan menerusi jaringan ketiga selepas menanduk masuk bola sepakan sudut Mohd. Nazrin Nawi pada minit ke-78, sekali gus memberikan tiga mata berharga buat pasukan itu.


Rujukan: http://www.kosmo.com.my/kosmo.

Selangor di hujung tanduk


FORKEY DOE (tengah) menjaringkan gol tunggal Selangor ketika seri 1-1 dengan Sime Darby di Stadium Shah Alam malam tadi.



MUNGKIN tidak keterlaluan untuk mengatakan Selangor sudah boleh menutup 'Misi 33'.
Turun dengan misi mengutip tiga mata penuh, skuad Gergasi Merah itu gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri selepas sekadar seri 1-1 dengan Sime Darby pada aksi keempat Kumpulan A kempen Piala Malaysia 2013 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Kekalahan ini menyukarkan lagi laluan Selangor ke peringkat suku akhir berdasarkan prestasi tidak konsisten yang dipamerkan buat masa ini.
Skuad kendalian sementara, P. Maniam wajib menang dua perlawanan sambil berharap salah sebuah daripada dua pasukan teratas, Sime Darby dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut tewas kedua-dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Namun, situasi itu mungkin agak sukar berlaku setelah kedua-dua pasukan tersebut dilihat berada dalam prestasi terbaik mereka ketika ini hasil dua kemenangan.
Pada aksi semalam, Selangor menampilkan persembahan agresif dan berjaya membuka jaringan menerusi penyerang import, Francis Forkey Doe pada masa kecederaan babak pertama.
Begitupun, Karlo Primorac meranapkan misi skuad Gergasi Merah yang terdesak memburu kemenangan pertama itu dengan meledak gol penyamaan pada minit ke-79.
Selangor kini akan turun dengan misi hidup mati apabila berkunjung ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang menentang ATM pada 17 September depan sebelum menutup aksi Kumpulan A dengan bertemu Sime Darby di venue yang sama empat hari kemudian.
Sementara itu, perlawanan lain menyaksikan Johor Darul Takzim (DT) turut dikejutkan 1-2 kepada T-Team dalam aksi Kumpulan B di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.
Kekalahan tersebut menyaksikan mereka terperosok di tangga ketiga dengan enam mata hasil dua kemenangan sebelum ini.
Begitupun, jurulatih Harimau Selatan Azmi Mohamed optimis pasukan masih berpeluang mengintai slot ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.
"Saya kecewa tetapi sebenarnya 14 pasukan dalam saingan ini masing-masing memiliki peluang yang cerah untuk mara ke suku akhir.
"Meskipun kami mendapat gol awal, kami gagal mengekalkan kelebihan itu dan pada babak kedua kami dihukum dengan kesilapan kami sehingga bolos dua gol.
"Keseluruhannya kami masih berjaya menguasai permainan, namun nasib tidak memihak kepada kami.
"Seperti yang saya beritahu tadi, peluang masih terbuka buat 14 pasukan ke suku akhir," katanya.
Rujukan:
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2dbLI0yTi 

PIALA MALAYSIA P4.


Pusingan 2
PM 4 - 31 Ogos 2013 (Sabtu)
25
A
ATM
Bruno Sebastian Martelotto (40', 90'+1), Marlon Alex James (77'), Venice Elphi (81')
4-1
Johor
Mohd Ali Yusof (88')
Std Majlis Perbandaran Selayang
26
A
Selangor
Francis Forkey Doe (45'+1)
1-1
KL Sime Darby FC
Karlo Primorac (79')
Std Shah Alam
27
B
KL Felda United FC
Emmmanuel Mazowa (40')
1-0
Selangor PKNS FC
Std Majlis Perbandaran Temerloh
28
B
Johor Darul Takzim FC
Norshahrul Idlan Talah (43')
1-2
Terengganu PBDKT T-Team
Abdul Latiff Suhaimi (81'), George Boateng (90')
Std Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunus, JB
29
C
Terengganu
Jean-Emmanuel Effa Owona (63'), Khairul Ramadhan Zauwawi (90')
2-1
Pahang
Azamuddin Mohd Akil (68')
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu
30
C
Kelantan
Indra Putra Mahayuddin (38'), Ahmad Fakri Saarni (49')
2-3
Negeri Sembilan
S. Sivanesan (13'), Fabio Leandro Barbosa (57', 78')
Std Sultan Muhammad Ke IV. Kota Bharu
31
D
Lions XII FC
Hariss Harun (61'), Safuwan Baharuddin (84')
2-1
Perak
Nor Hazrul (66')
Std Jalan Besar, Singapura
32
D
Sarawak
Zamri Morshidi (55'), Muamer Salibasic (62'), Bobby Gonzales (74', 78') 
4-0
Kedah
Std Negeri Sarawak, Kuching






Jumaat, 30 Ogos 2013

SENARAI NAMA BAGI PERSIAPAN UNTUK MENGHADAPI PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA DI CHINA


SENARAI NAMA BAGI PERSIAPAN UNTUK MENGHADAPI PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA DAN PERLAWANAN PUSINGAN KELAYAKAN PIALA ASIA 2015

30 Ogos 2013 - Senarai 24 nama yang dipanggil melapor diri hari Ahad 1 September 2013 di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Bil
Perkara
Tarikh
Tempat
1
Latihan Pusat (Tempatan)
01.09.2013 - 06.09.2013
Wisma FAM
2
Perlawanan Persahabatan Antarabangsa "A" melawan China
07.09.2013 - 11.09.2013
Tianjin, China

1. Mohd Khyrill Muhymeen Zambri (Kedah)
2. Mohd Baddrol Bakhtiar (Kedah)
3. Mohd Farizal Marlias (Perak)
4. Mohd Amri Yahyah (Selangor)
5. Mahali Jasuli (Selangor)
6. Asraruddin Putra Omar (Selangor)
7.Gurusamy Govandar a/l Kandasamy (Selangor)
8. Kunanlan Subramaniam (Selangor)
9. Mohd Nazrin Mohd Nawi (Negeri Sembilan)
10. Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (Johor Darul Takzim)
11. Norshahrul Idlan Talaha (Johor Darul Takzim)
12. Mohd Safee Mohd Sali (Johor Darul Takzim)
13. Safiq Rahim (Johor Darul Takzim)
14. Azamuddin Mohd Akil (Pahang)
15. Mohd Razman Roslan (Pahang)
16. Mohd Saiful Nizam Miswan (Pahang)
17. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
18. Mohd Shakir Shaari (Kelantan)
19. Mohd Fakri Saarani (Kelantan)
20. Hasmizan Kamarodin (Terengganu)
21. Mohd Faizal Muhamad (Terengganu)
22. Sani Anuar Kamsani (Sarawak)
23. Mohd Fitri Omar (ATM)
24. Helmi Remeli (Selangor PKNS FC)

Manakala empat belas (14) orang pemain yang tersebut dibawah diminta bersedia untuk menjalani latihan dan pemilihan Pasukan Bolasepak Kebangsaan sekiranya dipanggil untuk menggantikan mana-mana pemain yang tersebut di atas sekiranya terdapat pemain-pemain yang disahkan oleh Doktor Pasukan mengalami kecederaan.

1. Abdul Hadi Hamid (Kedah)
2. Abdul Shukur Jusoh (Selangor)
3. Mohd Al-Hafiz Hamzah (Johor Darul Takzim)
4. Mohd Farid Ramli (Johor Darul Takzim)
5. Mohd Hafiz Kamal (Pahang)
6. Gopinathan a/l Ramachandra (Pahang)
7. Mohd Farisham Ismail (Kelantan)
8. Bobby Gonzales (Sarawak)
9. Mohd Hairol Mokhtar (Sarawak)
10.Affizie Faisal Mamat (ATM)
11.Christie Jayaseelan Devasagayam (ATM)
12. Mohd Nizad Ayub (Selangor PKNS FC)
13. Mohd Firdaus Mohd Fauzi (KL Sime Darby)
14. Mohd Arif Ismail (KL Sime Darby)

RUJUKAN:http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2013/07/pasukan-kebangsaan-malaysia-harimau.html

PAHANG SEMAKIN CEMERLANG




Sumber: Sinar Harian.
Pasukan bolasepak Piala Malaysia Pahang pada tahun ini semakin menyerlah. Pasukan bimbingan Dollah Salleh kini menduduki tangga teratas Kumpulan C  berkongsi 5 mata dengan Kelantan., tetapi berada ditangga teratas kerana kelebihan 7 jaringan berbanding Kelantan pasukan pilihan yang cuma menjaringkan 5 gol. Pada tahun ini Pahang memiliki penjaga gol muda Khairul Azhan yang semakin tangkas dan cemerlang mengawal gawang gol. Pemain berusia 24 tahun yang berasal dari Kuantan itu mampu membantu Pahang layak  bersama Kelantan ke pusingan Suku Akhir Piala Malaysia. 

       Pada tahun ini peminat semakin ramai membanjiri Stadium Darul Makmur. Suasana ini sama seperti era 1990-an. Ketika itu saya bersama guru lain di SMK  Tengku Abdullah, Pekan membawa pelajar ke Stadium Darul Makmur, Kuantan dengan dua buah bas. Ketika itu semangat peminat dan guru-guru dan pelajar sekolah untuk menyokong pasukan Pahang sangat hebat. Tambahan pula Pahang ketika itu diwakili oleh dua orang penyerang terbilang negara era 1980-an dan 199-an Zainal Abdin Hassan dan Dollah Salleh. Kini Pahang memilki penyerang hebat seperti Azamuddin Akil, R.Gopinathan, Fauzi Roslan dan R.Surendran. Semoga Pahang terus cemerlang dalam kejohanan Piala Malaysia tahun ini.
-MAT SMKJ2. 

Khamis, 29 Ogos 2013

PEMAIN NEGARA PERLU PROFESIONAL DAN PATRIOTIK




       Menurut Datuk Khaidir Buyung, pemain dahulu yang merujuk kepada pemain bolasepak tahun 1970-an, 1980-an merupakan bukan pemain sepenuuh masa seperti sekarang. Tetapi masih mampu melakar kejayaan gemilang meskipun terpaksa menempuh jalan sukar. Contohnya allahyarham Mokhtar Dahari yang berjaya menjaringkan 125 peringkat antarabangsa. Ketokohan Mokhtar sebagai penyerang terbukti apabila terpilih melawakili pasukan bintang-bintang Asia, begitu juga dengan R.Arumugam, Soh Chin Aun dan Zainal Abidin Hassan. Penyerang terbaik kini Safee Sali cuma menjaringkan 21 gol sahaja jauh bezanya dengan jaringan Mokhtar Dahari. Fakta ini membuktikan kualiti Mokhtar Dahari sebagai penyerang yang disegani di Asia kerana sikap profesional dan patriotik beliau dalam bidang bola sepak sejak di bangku sekolah lagi.

Rabu, 28 Ogos 2013

PENJARING GOL PERLAWANAN KETIGA PIALA MALAYSIA

PM 3 - 27 Ogos 2013 (Selasa)
17
A
KL Sime Darby FC
Karlo Primorac (22', 29'), Fazrul Hazli (72')
3-0
Selangor
Std Majlis Perbandaran Selayang
18
A
Johor
Ezaidy Khadar (42'), Farid Ideris (48'), Fitri Omar (80' gs)
3-3
ATM
Shukor Adan (53'), Marlon Alex James (73', 79')
Std Majlis Perbandaran Pasir Gudang
19
B
Terengganu PBDKT T-Team
Ahmad Syamim Yahya (49'), Fauzan Abdullah (78')
2-3
Johor Darul Takzim FC
Muhd Hadin Azman (25'), Mohd Safee Mohd Sali (29'), Norshahrul Idlan Talaha (61')
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu
20
B
Selangor PKNS FC
Patrick Wleh Ronaldinho (35', 51')
2-0
KL Felda United FC
Std Shah Alam
21
C
Negeri Sembilan
Leandro Barbosa Fabio (60')
1-1
Kelantan
Dickson Nwaekaeme (40')
Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi
22
C
Pahang
Mathias Conti
1-1
Terengganu
Ashaari Samsuddin
Std Darul Makmur. Kuantan
23
D
Kedah
0-0
Sarawak
Std Darul Aman, Alor Setar
24
D
Perak
Azlan Ismail (8')
1-0
Lions XII FC
Std Perak, Ipoh

Selasa, 27 Ogos 2013

Harimau Muda mahu asah taring

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE


SKUAD Harimau Muda bergambar kenangan pada majlis pelancaran Pesta Bola Merdeka 2013 di Kuantan, Pahang Jumaat lalu.


SEJAUH mana kemampuan barisan pemainnya kekal cergas beraksi dalam tempoh 90 minit bakal menjadi agenda utama pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelang sepak mula Pesta Bola Merdeka 2013 di Kuantan pada 7 September depan.
Sekadar turun dalam satu aksi persahabatan berdepan Pahang di Stadium Darul Makmur pada 3 September, tiada lagi yang dituntut Kim Swee melainkan beberapa siri 'pemanas badan' sebelum Harimau Muda memulakan kempen Pesta Bola Merdeka 2013 menentang skuad Bawah 23 tahun (B-23) Singapura empat hari kemudian.
Menurut beliau, tempoh kurang dua minggu yang dimiliki beliau akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam mengenal pasti beberapa aksi kompetitif sebelum Pesta Bola Merdeka 2013 bermula.
"Saya hanya dapat menilai kecergasan pemain dalam perlawanan penuh selama 90 minit, bukan sekadar latihan biasa.
"Jadi saya harap dapat mengenal pasti beberapa aksi persahabatan sebagai ujian buat pemain selewat-lewatnya minggu depan," kata Kim Swee kepada Kosmo! baru-baru ini.
Kim Swee berkata, beliau berdepan kesukaran menguji pemain ekoran aksi persahabatan berdepan skuad kebangsaan Bangladesh yang sepatutnya berlangsung 22 Ogos lalu terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
"Hanya aksi menentang Pahang yang bakal menjadi ujian terakhir Harimau Muda sebelum memulakan aksi Pesta Bola Merdeka, jadi saya harap kami dapat mengadakan beberapa ujian persahabatan sebelum itu," katanya.
Daripada 25 pemain Harimau Muda yang dipanggil berkumpul di Kuantan pada 1 September depan, Kim Swee juga tidak menolak kemungkinan sekurang-kurangnya tiga nama akan 'tercicir' daripada beraksi pada Pesta Bola Merdeka nanti.
"Senarai akhir 22 pemain hanya akan diumumkan sehari dua sebelum Pesta Bola Merdeka," kata Kim Swee.
Selepas berdepan B-23 Singapura, skuad kendalian Kim Swee bakal melayan cabaran skuad B-23 Myanmar pada 9 September sebelum berdepan B-23 Thailand dua hari kemudian.
Aksi penentuan tempat ketiga/ keempat dan final pula dijadualkan berlangsung di Stadium Darul Makmur pada 14 September.
Kali terakhir Malaysia muncul juara Pesta Bola Merdeka ialah pada edisi 2007 apabila mengecewakan Myanmar 3-1 di pentas final.
SUMBER RUJUKAN: http://www.kosmo.com.my/27.8.2013

Mahalli mahu tebus kesilapan

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD hafiz.ahmad@utusan.com.my

Mahalli (kiri) cuba melepasi halangan pemain ATM, Hairuddin Omar dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu. Selangor tewas 2-3. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi
KUALA LUMPUR - Bek kanan Selangor, Mahalli Jasuli berjanji untuk bangkit menebus kesilapan pertahanan Selangor yang 'menghadiahkan' dua gol mudah kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sabtu lalu dengan memburu tiga mata sulung mereka ke atas Sime Darby, malam ini.
Mengakui kehilangan tumpuan bagi kedua-dua gol di Shah Alam itu, pertahanan Harimau Malaya ini turut menafikan kelonggaran persefahaman sesama rakan menyumbangkan kekalahan yang tidak sepatutnya ditanggung juara Piala Malaysia 32 kali.
"Memang saya akui kami lepaskan dua gol mudah kepada ATM. Kami hilang tumpuan tetapi bukan bermakna persefahaman dengan rakan longgar ketika itu. Hanya sedikit kelalaian, kami dihukum dengan gol, namun kami janji untuk menebusnya apabila menentang Sime Darby.
"Hanya menang menjadi satu-satunya pilihan Selangor bagi baki perlawanan Kumpulan A Piala Malaysia. Tiada mata wajar terlepas lagi dan kami tidak menganggap bermain di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebagai gelanggang lawan kerana tempatnya masih di negeri Selangor.
"Saya turut menyeru warga Selangor di sekitar Selayang kembali memenuhi stadium itu bagi menyuntik semangat pasukan biarpun kami akan tampil sebagai pelawat," katanya yang antara mendapat perhatian jurulatih Merah Kuning, Irfan Bakti Abu Salim gara-gara gol 'hadiah' buat ATM itu.
Mengenai Sime Darby yang menewaskan ATM 4-3, Selasa lalu tetapi dikejutkan Johor 1-2, hujung lalu kata Mahalli, kelab Kuala Lumpur itu tetap wajar dihormati apatah lagi Selangor sebagai pasukan Liga Super, belum pernah bertemu lawan yang juga naib juara Liga Perdana itu pada musim ini.
"Menentang lawan yang tidak biasa ditemui sebelumnya dalam musim ini pasti sukar dan saya akui Sime Darby punya kekuatan dan kelebihan tertentu tetapi kami tetap turun dengan misi memburu kemenangan, tidak kurang daripada itu," ujar anak jati Selayang berusia 24 tahun ini.
Seperti Selangor yang dihukum kerana kelekaan pertahanan, jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria menyeru anak-anak buahnya supaya tidak lagi mengulangi kesilapan sama kerana memberikan gol kepada Johor biarpun setelah bermain bagus di gelanggang lawan, Sabtu lalu.
"Kami wajar berhati-hati dengan Selangor kerana pasukan yang belum pernah menang selepas dua perlawanan kumpulan ini, pasti lebih garang dan kami pula bakal kehilangan pemain import dari Togo, Togaba Kontiwa (penjaring dua gol ke atas ATM) yang tercedera kali ini.
"Justeru bagi bahagian tengah saya akan cuba tampilkan gandingan Muhd. Syuhur Saidin dan Fadzli Saari bagi menampung ketiadaannya," kata Ismail yang masih boleh menarik nafas lega untuk menurunkan penyerang dari Croatia, Karlo Primorac - penjaring terbanyak Liga Perdana 2013.
RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130827/su_03/Mahalli-mahu-tebus-kesilapan 

Isnin, 26 Ogos 2013

PENJARING TERBANYAK SELEPAS DUA PERLAWANAN PIALA MALAYSIA


S.SIVANESAN PENJARING TERBANYAK PIALA MALAYSIA- 
OLEH AHMAD YAAKOB.

S . Sivanesan  dlahirkan pada  28 Disember 1990 di Kuala Lumpur, adalah seorang pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang pernah mewakili Harimau Muda. S. Sivanesan mula mewakili Harimau Muda pada tahun 2007 hingga 2009. Pada tahun 2009 beliau mewakili Harimau Muda A dalam Liga Perdana Malaysia dan Berjaya membantu pasukan muncul juara Liga Perdana Malaysia.Pada tahun 2011, Sivanesan dipinjamkan ke Felda United. Kemudian pada tahun 2012 beliau bermain untuk Felda United FC. Kemudian pada tahun 2013 Sivanesan mewakili pasukan bolasepak Negeri Sembilan FA.

Ahad, 25 Ogos 2013

PENJARING TERBANYAK PIALA MALAYSIA 2013

PENJARING TERBANYAK PIALA MALAYSIA SELEPAS DUA PERLAWANAN.

1.    4 GOL S.SIVANESAN- NEGERI SEMBILAN
ALEN GUC-KEDAH

2.    3 GOL
3.    2 GOL

TOGABA
PATRICK RONALDINHO –SELANGOR PKNS FC
GEORGE BOATENG –TERENGGANU T-TEAM
PAOLO RANGEL –PERAK
JOSEPH KALANG TIE- SARAWAK
R.GOPINATHAN-PAHANG