Sabtu, 12 Oktober 2013

KELANTAN MEMANG HEBAT

MEMANG HEBAT

MEMANG HEBAT
Kuala Lumpur: Kelantan membuktikan reputasi sebagai juara bertahan Piala Malaysia apabila bukan sekadar memadamkan defisit dua gol ke atas Johor Darul Takzim (JDT) tetapi turut mengaibkan skuad dibarisi bintang itu pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Walaupun hanya memerlukan 2-0 untuk mara selepas ketinggalan 2-4 di Larkin, anak buah Bojan Hodak bangkit melakar kemenangan 6-1 hasil jaringan Norfarhan Muhammad (m-19, 62), Badhri Radzi (m-32), Obinna Nwaneri (m-45), Dickson Nwakaeme (m-46) dan Indra Putra Mahayuddin (m-89) sementara gol tunggal JDT oleh Safee Sali (m-45). Di Stadium Negeri, Kuching, juara Liga Perdana Sarawak turut menempah laluan ke kelompok empat terakhir selepas menewaskan Sime Darby 3-1. Muamer Salibasic muncul wira skuad kendalian Robert Alberts apabila meledak hatrik untuk mengatasi gol pembukaan pelawat jaringan Asrol Ibrahim.

Sarawak akan bertemu Pahang dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia pada 18 Oktober dan separuh akhir kedua, 25 Oktober manakala Tentera bertemu Kelantan pada separuh akhir pertama 19 Oktober dan separuh akhir kedua, 26 Oktober.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan