Rabu, 11 Disember 2013

Malaysia elak dibuai rekod Piala Dunia lalu

Oleh ZAZALI JAMIAN -sukan@utusan.com.my

 
Penyerang Malaysia, Muhammad Firhan Ashaari (terlindung) diasak tiga pemain England semasa melakukan serbuan ke gawang lawan dalam perlawanan terakhir Kumpulan D hoki Piala Dunia Remaja 2013 di Delhi, kelmarin. Malaysia yang sudahpun layak ke suku akhir sebelum itu menang 4-2. - Agensi
KUALA LUMPUR - Menang bererti Malaysia mampu mengulangi pencapaian 28 tahun lalu melangkah ke saingan separuh akhir hoki Piala Dunia Remaja tetapi jika tewas peluang merealisasikan sasaran enam terbaik belum tertutup.

Itu situasi skuad hoki remaja kebangsaan yang akan menempuh saingan suku akhir Piala Dunia Remaja 2013 di Stadium Nasional Major Dhyan Chand, New Delhi, India, hari ini.

Kali terakhir Malaysia melangkah ke saingan separuh akhir Piala Dunia Remaja ialah pada 1985 di Vancouver, Kanada dan selepas itu tiada lagi pencapaian empat terbaik buat skuad remaja kebangsaan.

Pengurus skuad remaja kebangsaan, Mirnawan Nawawi berkata, aksi suku akhir menentang naib juara Kumpulan C sama ada Korea Selatan atau India dijangka berlangsung lebih sengit berbanding aksi peringkat kumpulan.

Malah, Mirnawan memberitahu peluang Malaysia untuk melepasi suku akhir pada hari ini adalah 50-50.

"Saya berpendapat semua pasukan akan mempamerkan aksi yang jauh lebih baik pada saingan suku akhir kerana ini adalah laluan utama untuk memburu kejuaraan.

"Tidak kira siapa lawan kita pada suku akhir sama ada India atau Korea Selatan masing-masing mempunyai kekuatan yang tidak jauh beza selain memerlukan skuad kebangsaan beraksi jauh lebih baik daripada aksi sebelum ini," kata Mirnawan.

Berdasarkan rekod, Malaysia pernah menewaskan India dan Korea Selatan di peringkat Asia.

Pada Piala Remaja Asia 2012, Malaysia berjaya menundukkan Korea Selatan 6-3 dalam aksi peringkat Kumpulan A begitu juga India yang kecundang 2-0 kepada skuad kebangsaan pada aksi separuh akhir.

Bagaimanapun, semua rekod tersebut mungkin sudah tidak boleh dijadikan ukuran untuk aksi hari ini berikutan dua pasukan tersebut sudah melakukan perubahan dalam kalangan pemain mereka.

Ketika ini Korea Selatan memiliki pakar pukulan sudut penalti yang hebat iaitu Seo Inwoo selain telah menjaringkan empat gol buat pasukannya pada saingan peringkat Kumpulan C Piala Dunia Remaja 2013.

Sementara, skuad remaja India dikhabarkan mendapat khidmat daripada pemain pasukan senior yang ramai untuk mengukuhkan pasukan tuan rumah.

Dalam pada itu, jurulatih skuad hoki remaja kebangsaan, Muhammad Dharma Raj Abdullah mengakui melangkah ke saingan suku akhir memerlukan pasukanya sentiasa bersedia menghadapi tekanan lebih besar daripada pihak lawan.

"Tekanan akan dirasai apabila anda berhadapan pasukan yang hebat serta digeruni.

"Bagaimanapun, saya percaya pemain mampu memberikan tentangan dengan baik kepada semua pasukan terbaik di dunia ini terutama selepas mempamerkan aksi cemerlang melangkah ke saingan suku akhir," kata Muhammad Dharma.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131211/su_08/Malaysia-elak-dibuai-rekod-Piala-Dunia-lalu#ixzz2nAl8Gi8Z
© Utusan Melayu (M) Bhd
RUJUKAN :UTUSAN ONLINE 11.12.13

Kita benam England

Oleh AIZAWATI AHMAD-aizawati.ahmad@utusan.com.my

 pemain-pemain Malaysia mengasak kubu England dalam saingan Kumpulan D Piala Dunia Remaja di Delhi, semalam.
KUALA LUMPUR - Malaysia mengesahkan kedudukan sebagai juara kumpulan setelah menumbangkan England 4-2 dalam perlawanan terakhir Kumpulan D Piala Dunia Remaja di Stadium Nasional Major Dhyan Chand, New Delhi, India, semalam.

Sekalipun telah menempah laluan ke suku akhir lebih awal, skuad bimbingan jurulatih Muhammad Dharma Raj Abdullah itu tetap turun untuk memburu misi kemenangan bagi mengekalkan rekod bersih tanpa kalah dalam saingan kumpulan.

Berbekalkan dua kemenangan pada perlawanan terdahulu, barisan pemain remaja negara mempamerkan permainan yang cukup menyakinkan untuk mendominasi aksi babak pertama menerusi serangan bertali arus ke dalam kawasan England.

Usaha keras mereka itu akhirnya membuahkan hasil apabila gol sulung Malaysia berjaya dijelmakan menerusi Mohd. Zulhairi Hashim yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-15 untuk menewaskan penjaga gol England, Harry Gibson.

Jaringan kedua skuad remaja negara menyusul 11 minit berikut, apabila penyerang, Firhan Ashari berjaya melakukan tindakan penyudah yang kemas melalui gol padang bagi meletakkan kedudukan Malaysia mendahului dengan kedudukan 2-0.

Bagaimanapun, England tidak mudah berputus asa apabila berjaya merapatkan jurang gol menerusi pukulan sudut penalti yang dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Luke Taylor pada minit ke-31.

Kedudukan kekal 2-1 sehingga separuh masa pertama berakhir.

Sebaik babak kedua bermula, England yang terdesak untuk mencari mata penuh dalam perlawanan tersebut memperkemaskan corak permainan bagi memburu gol penyamaan.

Namun, malangnya keasyikan mereka menggempur kubu Malaysia membawa padah setelah sekali lagi benteng pertahanan England bolos dan kali ini, giliran Muhammad Rashid Baharom menyempurnakan gol padang pada minit ke-44 bagi melebarkan kedudukan kepada 3-1.

Kapten, Fitri Saari memastikan pasukan kebangsaan berada dalam kedudukan selesa apabila dia yang melakukan gerakan solo berjaya merembat bola ke gawang untuk gol keempat pada minit ke-57.

England memperoleh gol kedua hasil pukulan sudut penalti yang diambil oleh Phil Roper untuk menjadikan kedudukan 4-2 dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat permainan.

Muhammad Dharma berkata, dia sama sekali tidak menduga anak-anak buahnya berjaya mencatat tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan kumpulan.

"Saya gembira dengan aksi para pemain saya. Saingan di suku akhir yang menanti mereka pasti lebih getir kerana lawan yang bakal kami jumpa terdiri daripada pasukan yang hebat, manakala Malaysia hanya pasukan kerdil yang berjaya melangkah sehingga ke tahap ini," katanya.

Sebagai juara kumpulan, Malaysia bakal bertemu naib juara Kumpulan C iaitu sama ada pasukan India atau pun Korea Selatan yang akan menentukan peluang mereka ke suku akhir pada hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131210/su_08/Kita-benam-England#ixzz2nAnnUToS
© Utusan Melayu (M) Bhd

RUJUKAN :UTUSAN ONLINE 11.12.13

SUKAN SEA KE 27 MYANMAR 2013

SUKAN SEA KE 27 MYANMAR 2013/27th SEA GAMES MYANMAR 2013

Bolasepak Lelaki

Peringkat awal: 7 - 16 Disember 2013
Separuh Akhir: 19 Disember
Final: 21 Disember
Kumpulan A - Stadium Zayar Thiri, Nay Phi Taw
Kumpulan B - Youth Training Center (YTC) Thuwunna, Yangoon
Separuh akhir dan perlawanan akhir - Zayar Thiri Football Stadium, Nay Phi Taw.


Pos
Kumpulan A
P
M
S
K
J
B
PG
Mt
1
Singapore
2
1
1
0
2
1
1
4
2
Vietnam
2
1
0
1
7
1
6
3
3
Malaysia
1
1
0
0
2
0
2
3
4
Laos
1
0
1
0
1
1
0
1
5
Brunei
2
0
0
2
0
9
-9
0
Pos
Kumpulan B
P
M
S
K
J
B
PG
Mt
1
Myanmar
2
2
0
0
6
1
5
6
2
Thailand
1
1
0
0
3
1
2
3
3
Indonesia
1
1
0
0
1
0
1
3
4
Timor Leste
2
0
0
2
2
6
-4
0
5
Cambodia
2
0
0
2
0
4
-4
0

Ganda langkah buru 40 emas

Percikan bunga api mewarnai ruang Stadium Wunna Theikdi dekat Nay Pyi Taw pada pembukaan rasmi Sukan SEA XXVII Myanmar yang penuh gilang gemilang, malam tadi.
NAY PYI TAW - Malaysia menggandakan buruan 40 pingat emas sebaik Sukan SEA Myanmar XXVII membuka tirai secara rasmi dalam penuh warna-warni di sini, semalam.

Kejayaan pasukan ekuestrian yang memenangi dua pingat emas semalam turut membakar semangat kontinjen negara yang akan bertarung dalam beberapa acara yang menawarkan rebutan pingat hari ini.

Acara renang akan bermula hari ini di Pusat Akuatik Wunna Theikdi.

Tumpuan bakal terarah kepada perenang sensasi wanita, Khoo Cai Lin yang bersaing dalam acara 200 meter gaya bebas.

Tidak diletakkan sebagai sasaran untuk memenangi pingat emas tetapi Cai Lin sudah tentu mempunyai pengalaman bersaing dengan perenang peringkat Asia Tenggara dan melalukan sesuatu yang luar biasa.

Jika tidak berjaya dalam acara individu setidak-tidaknya dia boleh membantu kuartet 4x100m rampaian yang turut disertai Christina Loh, Erika Kong dan Nadia Adriana Redza untuk melakukan kejutan meraih emas.

Tumpuan juga harus diberikan kepada ratu kuak kupu-kupu Yap Siew Hui yang akan bertarung dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu dan pada masa yang sama mengharapkan Yap See Tuan dan Shaun Yap untuk beraksi sebaik mungkin dalam acara 200 meter kuak lentang.

Renang meletakkan sasaran meraih tiga emas dan tumpuan diberikan kepada Daniel Bego dalam acara 400m gaya bebas, Kevin Yeap (1,500m gaya bebas) dan Christina (100m kuak dada).

Sementara itu di Yangon, atlet menembak wanita yang diketuai penembak Olimpik, Nur Suryani Mohamed Taibi, Muslifah Zulkifli dan Hasliza Hamed dijangka mampu menceriakan kontinjen negara dengan meraih emas acara 50m rifle prone.

Suryani masih lagi segar dengan kejayaan di Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) 2013 bulan lepas dengan meraih lima emas manakala Muslifah pula berjaya memecahkan rekod kebangsaan di Kejohanan Kebangsaan Menembak Oktober lalu.

Trio 50 meter pistol juga yang dibarisi Jonathan Wong, Eddy Chew dan Abdul Hadi Abdul Malek juga tidak boleh diketepikan kerana pernah berjanji bahawa mereka juga akan membawa pulang pingat emas walaupun kurang pengalaman.

Tugas getir pula menanti kedua-dua pasukan sepak takraw negara baik lelaki mahupun wanita kerana perlu berdepan Thailand dan Myanmar yang umum mengetahui bahawa sukar untuk ditumpaskan.

Badminton juga akan tertumpu kepada pemain perseorangan lelaki Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang bertarung di peringkat suku akhir untuk menempah slot ke separuh akhir esok, namun lawannya juga Yuli Prasetyo Wisnu bukan calang-calang pemain. Sementara itu, upacara pembukaan rasmi Sukan SEA yang bertema Hijau, Bersih dan Persahabatan’ dibuka secara meriah dan berwarna warni. Ketibaan Presiden Myanmar, U Thein Sein dan isteri, Daw Khin Khin Win dan dif-dif kehormat termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di stadium disambut dengan percikan bunga api. - UTUSAN

RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131212/su_01/Ganda-langkah-buru-40-emas#ixzz2nC6o2000 © Utusan Melayu (M) Bhd

Zolkples persoal sistem pengadilan wusyu

 NAY PYI TAW - Bukan tidak mahu bersyukur dengan kemenangan tiga emas ataupun mempersoalkan perkara yang sudah berlalu tetapi mampu menjadi peringatan pada Sukan SEA yang akan datang tentang sistem pengadilan wusyu.


Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong tertanya-tanya tentang sistem pengadilan acara wusyu yang dilihat tidak memihak kepada Malaysia dan seolah-olah taburan pingat emas diberikan sama rata kepada semua negara yang mengambil bahagian.

"Memang kita berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran meraih 40 pingat emas, tetapi saya agak kecewa apabila beberapa juara dunia dalam acara wusyu tewas dan kita lihat seolah-olah pingat emas ini diberikan sama rata," katanya kepada media selepas menyaksikan acara sepak takraw berpasukan wanita di Stadium Tertutup Wunna Theikdi, semalam.

Jelasnya, semua negara sekurang-kurangnya dapat memperoleh satu pingat emas dan ia perlu dilihat kembali kerana jika ada negara yang memang bagus dalam acara ini mereka berhak untuk meraihnya.

"Jika sesuatu negara itu berhak memenangi banyak pingat emas ia tidak ada masalah untuk diberikan, jadi sekarang ini timbul persoalan sama ada mereka betul-betul memilih pemenang atau sudah pilih pemenang sejak dari awal.

"Perkara ini sudah banyak diperkatakan oleh orang lain, bukan hanya dari pendapat saya sendiri," katanya yang ternyata kecewa selepas pasukan sepak takraw wanita tewas 0-3 kepada Thailand pada perlawanan pembukaan semalam.

Malaysia berjaya meraih tiga emas dalam acara wusyu yang berakhir kelmarin.

Apa yang menarik atlet acara tersebut, Diano Bong Siong Lin meraih emas pertama negara di temasya ini, sementara Phoon Eyin meraih emas ke-1,000 sepanjang penyertaan Malaysia di Sukan SEA.

Satu lagi emas disumbangkan oleh Tai Cheau Xuen.

Ditanya mengenai kekalahan skuad sepak takraw wanita semalam, Zolkples berkata, seperti sedia maklum mereka tidak meletakkan harapan tinggi dalam acara tersebut baik untuk atlet lelaki mahupun wanita.

"Sekarang ini memang sepak takraw banyak menawarkan pingat emas tetapi tuan rumah sudah memenangi enam daripada 18 yang ditawarkan iaitu melalui acara chinlone, jadi mereka dijangka memenangi empat lagi dalam acara beregu.

"Kita masih lagi meraba untuk mencari emas, tetapi untuk temasya ini semasa kita menjadi tuan rumah kita boleh mempertimbangkan mahu masukkan acara chinlone atau tidak walaupun mempunya kepakaran dan kemudahan ia akan ditentukan kemudian," ujarnya.

Dalam pada itu, Zolkples juga mengakui bahawa terdapat beberapa masalah kecil di Nay Pyi Taw yang tidak dapat dielakkan, namun ia diharap tidak menjejaskan penyertaan dan tumpuan atlet negara.

"Saya sudah memberi peringatan sebelum berangkat ke sini lagi, semua perlu berhati-hati termasuk tentang keracunan makanan, kerana kita akan berada di sini dalam tempoh yang lama, ia perlu diambil perhatian yang serius.

"Saya harap atlet perkara seperti ini tidak jejaskan prestasi pasukan, pegawai perubatan kontinjen akan mengambil tindakan sewajarya, tetapi ini bukan alasan untuk tidak menunjukkan prestasi yang baik," katanya. - UTUSAN

RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131212/su_05/Zolkples-persoal-sistem-pengadilan-wusyu#ixzz2nD9KnPPL © Utusan Melayu (M) Bhd

PINGAT EMAS TERKINI SUKAN SEA 2013

Kedudukan Pingat (12/12/2013 - 7.25PAGI)

Emas
Emas
Perak
Gangsa
Jumlah
Myanmar
18
8
10
36
Vietnam
10
5
7
22
Thailand
6
10
4
20
Indonesia
5
9
10
24
Malaysia
5
5
12
22
Philippines
3
5
3
11
Cambodia
2
4
7
13
Singapore
2
2
5
9
Laos
1
5
8
14
Brunei DS
1
0
1
2
Timor Leste
0
0
0
0

SUMBER: BERITA ASTRO ARENA

Rabu, 4 Disember 2013

PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2008

PIALA FA 2008
Akhir
Jun 21, 2008 (Sabtu)
Kedah
Fadly Baharom (2'), Khyril Muhymeen Zambri ('33), Shafiq Jamal (51')      3-2       Selangor
Amirul Hadi Zainal (13'), Frank Seator (71' penalti)  Std Shah Alam
minit 75-Pemain Kedah Sabree Abu dibuang padang kerana mendapat kad merah

Kedah: Pemain: 1-Helmi Eliza Elias, 2-Victor Andrag (Kapt) (3-Ronny Harun), 17-V. Thirumurugan, 16-Fazliata Taib, 6-Shafizan Hashim, 10-Nelson San Martin, 11-Ahmad Fauzi Shaari, 15-Mohd Fadly Baharom (13-Saramsak Kram), 27-Badrol Bakhtiar, 28-Shafiq Jamal (26-Sabree Abu), 18-Mohd Khyril Muhymeen Zambri,

Simpanan: 4-Mohd Bunyamin Umar, 22-Mohd Alhafiz Hamzah,

Jurulatih:Azrai Khor Abdullah

Tidak dapat diturunkan: 6-Bernard Hunggin, 9-Marlon Alex James

Selangor: Pemain: 23-Suffian Abdul Rahman, 4-Evans Chisulo, 26-Nasriq Baharom, 15-P. Gunalan, 3-Razman Roslan (16-Abdul Ghani Rahman, 25-Shukor Adan (Kapt), 27-Amirulhadi Zainal (23-Indra Puta Mahayuddin), 8-Ellie Aiboy, 11-R. Surendran (9-Frank Seator, 17-Amri Yahyah, 10-Safee Sali

Simpanan: Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Digantung: 19-D. Surendren

Jurulatih: Dollah Salleh


PERLAWANAN PERSAHABATAN

4 Disember 2013 (Rabu)         Malaysia U23
Thamil Arasu Ambumamee (47'), Md Rozaimi Abd Rahman (50', 92')         3-1       FC Ryukyu (Japan J3)
Takahashi Shunta (14')            Stadium MBPJ, Kelana Jaya

MALAYSIA U23 (HARIMAU MUDA A): 22 Mohd Izham Tarmizi Roslan (1 Mohd Farhan Abu Bakar 73'), 3 Shahrul Mohd Saad, 4 Mohamad Fadhli Mohd Shas (24 Saiful Ridzuwan Selamat 76'), 7 Mohd Irfan Fazail (C) (27 Muhammad Ferris Danial Mat Nasir 56'), 8 Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (9 Thamil Arasu Ambumamee 26', 10 Mohamad Ridzuan Abdullah 68'), 12 Sivanesan Shanmugam (25 Mohamad Nasir Basharuddin 28'), 16 Muhammad Zubir Mohd Azmi (12 Nazirul Naim Che Hashim 56'), 17 Ashri ChuChu (6 Saarvindran Devandrn 56'), 19 Ahmad Hazwan Bakri (11 Md Rozaimi Abd Rahman 46'), 20 Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (2 Reuben Thayaparan Kathiripilai 46'), 21 Muhammad Nazmi Faiz Mansor (15 Mohamad Amer Saidin 73')

Harimau Muda dapat tonik

 Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my
 
MOHD. Rozaimi Abd. Rahman meledak gol kedua Harimau Muda ketika menentang Ryukyu FC di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, malam tadi. Malaysia menang 3-1. - UTUSAN/Aizzul A.Majid
PETALING JAYA - Kemenangan ke atas FC Ryukyu tiba tepat pada masanya, pada ketika skuad Harimau Muda mencari tonik terbaik untuk meningkatkan keyakinan sebelum memulakan kempen memburu kejuaraan hatrik Sukan SEA di Myanmar, minggu depan.

Biarpun sekadar aksi persahabatan, kemenangan 3-1 ke atas kelab Jepun itu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya melonjakkan semangat anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Temasya Laos 2009 dan Indonesia 2011.

Malah, kemenangan itu juga meningkatkan motivasi Kim Swee sendiri, yang sebelum ini resah kerana dihimpit masalah kecederaan tonggak utama. Wan Zack Haikal Wan Nor, Fandi Othman dan Gary Steven Robbat antara pemain yang disahkan terlepas peluang beraksi di Myanmar .

Sejurus tamat perlawanan, Kim Swee berkata, beliau sudah mendapat gambaran jelas dan yakin dengan senarai 20 pemain yang akan dibawa untuk menggalas tugas berat di Myanmar.

"Ada beberapa pemain yang telah membuktikan bahawa mereka boleh bermain dalam dua posisi dan inilah perkara yang saya mahukan.

"Saya dapat lihat pada separuh masa kedua corak permainan menjadi lebih baik terutama selepas memasukkan Mohd. Rozaimi (Rahman) dan K. Reuben.

"Secara keseluruhannya masih ada beberapa aspek lagi yang perlu diperkemaskan oleh pasukan sebelum ke Myanmar nanti," kata Kim Swee.

Pada perlawanan tersebut Harimau Muda A bermula dengan baik apabila berupaya melakukan beberapa percubaan bagi mendapatkan jaringan.

Bagaimanapun, kelekaan melakukan serangan dengan membiarkan jentera pertahanan tanpa pengawasan menyebabkan Harimau Muda A dihukum apabila FC Ryukyu berjaya mendapatkan gol awal pada minit ke-13 hasil jaringan Takahashi Shunta.

Gol pertama pasukan lawan seakan memberikan tekanan kepada skuad Kim Swee hingga menyebabkan jentera serangan gugup ketika meraih peluang terhidang pada minit ke-35 dan minit ke-36.

Bermula babak kedua menyaksikan Harimau Muda A kembali bangkit bagi menyamakan kedudukan 1-1 hasil tandukan penyerang, A. Thamil Arasu minit ke-47.

Keyakinan dalam skuad kebangsaan mula terserlah apabila berupaya mendapatkan jaringan kedua pada minit ke-50 hasil rembatan Mohd. Rozaimi Abd. Rahman sebelum menambah gol ketiga ketika masa kecederaan.

Pada separuh masa kedua juga menyaksikan jentera pertahanan Harimau Muda A berfungsi dengan baik berbanding babak pertama.

Kempen Malaysia untuk memburu kejuaraan hatrik Sukan SEA bermula dengan menentang Brunei dalam aksi pembukaan Kumpulan A pada 10 Disember.

Selepas berehat dua hari, mereka akan menentang Laos pada 13 Disember, diikuti Singapura (15 Disember) dan Vietnam dalam saingan terakhir kumpulan pada 17 Disember.

Seandainya berjaya melangkah ke separuh akhir, mereka perlu turun ke padang pada 19 Disember, diikuti perlawanan akhir pada 21 Disember.

RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131205/su_01/Harimau-Muda-dapat-tonik#ixzz2mYFxmcOI © Utusan Melayu (M) Bhd