Jumaat, 29 November 2013

Tak mahu ambil risiko

Oleh Aziman Rosdi
Foto
Kuala Lumpur: Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Datuk Ong Kim Swee tidak mahu terburu-buru dalam menguji barisan kesebelasan terbaiknya apatah lagi menyedari pasukannya bakal diintip pencabar dari negara jiran Singapura apabila mereka turun beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Johor Darul Takzim II (DT II) di Stadium Pasir Gudang malam ini.

Beliau yang baru dilantik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya berkata, beberapa pemain utama termasuk kapten Irfan Fazail, Zubir Azmi dan D Sarvindran yang mengalami kecederaan kecil akan direhatkan dalam perlawanan dengan kelab Liga Perdana itu bagi persiapan ke Sukan SEA Myanmar awal bulan depan.



“Saya tidak mahu mengambil risiko menurunkan pemain yang masih belum pulih sepenuhnya dan ini peluang untuk saya menguji beberapa kombinasi baru. Saya juga tahu Singapura akan datang menyaksikan perlawanan esok (hari ini) jadi saya fikir tidak perlulah kita mendedahkan kekuatan sebenar kita,” katanya.

Tambahnya, beliau masih mempunyai masa untuk menguji barisan terbaiknya apabila skuad B-23 bakal berdepan perlawanan pemanas badan terakhir dengan kelab Jepun FC Ryukyu pada 4 Disember ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Foto
KIM Swee (tengah) memerhatikan pemain melakukan latihan di Johor Bahru, semalam.


“Kecederaan pemain boleh berlaku pada bila-bila masa cuma saya menasihati pemain agar lebih berhati-hati dan saya akan menurunkan kesebelasan terbaik ketika menentang FC Ryukyu dalam tempoh 60 hingga 70 minit permainan,” jelas Kim Swee.


Krisis kecederaan pemain terus menghimpit skuad muda negara itu apabila mereka kehilangan beberapa pemain utama iaitu Wan Zack Haikal Wan Noor, Fandi Othman, Gary Steven Robbat, Syahrul Azwari Ibrahim dan terbaru Junior Eldstal dan Nik Shahrul Azim Abd Halim.

Bukan itu saja, Kim Swee perlu mencari jalan untuk memantapkan pasukannya yang sudah tidak dapat menggunakan pemain yang mempunyai karektor hebat kerana faktor umur seperti Khairul Fahmi Che Mat, Baddrol Bakhtiar, Mahali Jasuli dan Asraruddin Putra Omar ketika memenangi pingat emas Sukan SEA Indonesia pada 2011.

“Saya kehilangan ramai pemain kerana masalah kecederaan tapi saya yakin pemain yang ada masih boleh menggalas tugas dengan baik. Saya akui ini cabaran lebih hebat berbanding di Jakarta kerana dulu saya mempunyai mempunyai pemain berpengalaman seperti Apek (Khairul Fahmi), Baddrol dan Mahali. Saya berharap pemain yang akan diberi peluang bersedia untuk memikul cabaran ini,” katanya.

Ia juga pasti cabaran berbeza Kim Swee di Myanmar kali ini apabila ramai pihak mahu melihat sejauh mana kemampuannya menyempurnakan misi hatrik emas Sukan SEA selepas beliau dilantik menggantikan ketua jurulatih Harimau Malaya Datuk K Rajagobal yang tamat kontrak pada 31 Disember ini.

“Tekanan akan sentiasa ada apatah lagi dengan pelantikan sebagai jurulatih sementara ini tapi bagi saya apa yang penting adalah mempersiapkan pasukan ini sebelum ke Sukan SEA,” katanya.

Pada Sukan SEA kali ini, Malaysia diundi dalam kumpulan A bersama-sama Vietnam, Singapura, Laos dan Brunei.
 Rujukan:
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/29


Nazri Ahmad sah milik The Red Warriors

 Oleh YATIMIN ABDULLAH

utusankelantan@utusan.com.my
 
Kevin Ramalingam (kiri) bersama Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa (tengah) ketika memperkenalkan barisan pemain baharu The Red Warriors pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, kelmarin.
KOTA BHARU - Ketua Pegawai Eksekutif The Red Warriors Sdn. Bhd, Kevin Ramalingam semalam menegaskan, pemain pertahanan, Muhamad Nazri Ahmad yang dibawa masuk bagi memperkuatkan skuad Kelantan musim depan sah milik The Red Warriors.

Bekas tonggak Johor Darul Takzim (Johor DT) itu telah menandatangani kontrak bersama Kelantan untuk tempoh tiga tahun bermula musim 2014 nanti.

Kevin berkata, pemain itu memberitahu pihaknya bahawa kontrak bersama Johor DT sebelum ini sudah tamat dan dia bebas untuk membuat pilihan.

"Nazri telah memberitahu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dia tidak terikat dengan mana-mana pasukan, jadi, kita telah mengemukakan tawaran kepada pemain tersebut dan dia bersetuju dengan syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak tersebut.

"KAFA berpegang kepada kata-kata Nazri yang memberitahu dia tidak terikat dengan mana-mana pasukan, jadi sebab itulah kita kemukakan tawaran.

"Jika Nazri telah mempunyai kontrak dengan pasukan lain, KAFA sama sekali tidak akan mengemukakan tawaran kepadanya kerana ia bercanggah dengan peraturan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu perpindahan Nazri yang menimbulkan persoalan apabila Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mendakwa pemain itu sudah mengandatangi kontrak untuk bersama Red Giants .

Tambahnya, Kelantan sebelum ini pernah berdepan masalah yang sama apabila beberapa pemainnya berhijrah ke pasukan lain biarpun pada asalnya telah menyatakan persetujuan dengan menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU).

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, Timbalan Presiden FAS, Datuk Mokhtar Ahmad memberitahu, tindakan pemain berkenaan jelas tidak profesional memandangkan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) telah membayar pampasan kepada Nazri kerana kontraknya hanya akan berakhir pada 30 November ini.

Kevin berkata, Nazri mengakui, ada bertemu dengan pihak FAS namun dia tidak menandatangani kontrak untuk beraksi bersama Selangor musim hadapan.

Katanya, pihaknya tidak mempunyai niat untuk mengambil pemain pasukan lain jika mereka masih ada kontark.

"Kita terkejut dengan perkara ini, namun KAFA menyalahkan Nazri mungkin dia kurang arif. Saya cadangkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya mewujudkan ejen berdaftar dalam menguruskan hal berkaitan dengan perpindahan pemain.

"Langkah ini bagi mengelakkan isu sebegini kembali berulang pada masa hadapan," ujarnya lagi.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131128/su_02/Nazri-Ahmad-sah-milik-The-Red-Warriors#ixzz2ltILV900

© Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 18 November 2013

Lawan habis-habisan


Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


 

Mohd. Fadhli Shas (kanan) dan Safee Sali (tiga dari kiri) berlatih bersama rakan sepasukan di Stadium Shah Alam, semalam menjelang pertemuan menentang Qatar dalam kelayakan Piala Asia 2015, malam ini. - UTUSAN/ MOHD. AZIM ABD. RAHMAN
PETALING JAYA - Pengurus Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal menyeru anak-anak buahnya agar berjuang habis-habisan pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar di Stadium Shah Alam, hari ini.

Menurut Subahan, andai berpeluang berjumpa dengan pemain sebelum perlawanan hari ini, perkara pertama yang ingin disampaikannya ialah menyentuh tentang harapan menggunung seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat Malaysia mara ke Piala Asia 2015 di Australia.

"Kemenangan esok (hari ini) bukanlah kepentingan peribadi pemain tetapi untuk negara. Jika berjaya melayakkan diri ke Australia ia adalah satu sejarah baharu buat kita," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dekat Kelana Jaya, semalam.

Jelasnya, hari ini adalah misi hidup mati buat Harimau Malaya dan kalau boleh sehingga muntah darah sekali pun pemain-pemain harus berbuat demikian dengan memberikan segalanya yang ada berbekalkan komitmen yang tinggi.

"Mereka perlu menyempurnakan segala peluang yang ada, jangan ada ruang untuk melakukan sebarang kesilapan. Anggaplah perlawanan ini sebagai perlawanan akhir Piala Dunia. Esok (hari ini) adalah penentuan untuk kita melayakkan diri ke Australia.

"Komitmen yang saya jelaskan di sini bukan sahaja daripada pemain tetapi jurulatih dan juga penolong jurulatih serta seluruh pasukan. Penyokong juga harus turun dengan bersemangat dan ini adalah moral untuk kita mengalahkan Qatar," katanya.

Malaysia masih lagi dihantui dengan kekalahan tipis 0-1 kepada Bahrain Jumaat lalu, seterusnya menyukarkan peluang untuk mara sebagai dua pasukan terbaik Kumpulan D, namun mereka masih lagi mempunyai satu lagi harapan menjadi pasukan tempat ketiga terbaik daripada pasukan yang beraksi di peringkat kelayakan.

"Saya cukup yakin kita mampu mengutip mata penuh dan pemain akan melakukan yang suka atau tidak suka kita harus menang. Harapan besar penyokong adalah mahu kita mara ke Piala Asia 2015, perlawanan terakhir bertemu Yemen di tempat lawan bukan menjadi masalah buat kita.

"Apa yang penting adalah perlawanan esok, memang ada yang mengkritik kita kalah kepada Bahrain namun kita harus menerima hakikat mereka adalah pasukan yang bagus. Mereka pernah mengalahkan Qatar, kita pula bukan mudah untuk mencatat kemenangan di tempat lawan tempoh lalu," katanya.

Pada pertemuan pertama, Malaysia tewas 0-2 kepada Qatar.

Subahan berkata, bermain di gelanggang sendiri adalah peluang terbaik buat Malaysia untuk menang. Segalanya telah dibuktikan pada pertemuan dengan Bahrain bulan lepas di Stadium Shah Alam di mana Malaysia mampu meraih tiga mata.

"Jadi pertemuan dengan Qatar ini juga sama, pemain perlu bersemangat untuk mara ke Australia. Saya harap penyokong datang beramai-ramai untuk membantu kami mencipta sejarah. Saya hendak memberitahu kepada pengkritik sebelum ini Harimau Malaya tidak berjaya mengutip mata dalam perlawanan kelayakan.

"Sekarang kita mampu mengutip mata, peluang masih ada. Kita juga adalah antara terbaik di Asia Tenggara, lebih bagus daripada Thailand. Jadi tidak ada apa untuk dimalukan sekarang," katanya yang menekankan bahawa pemain masih lagi mempunyai moral yang tinggi untuk menang.
RUJUKAN:http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131119/su_01/Lawan-habis-habisan#ixzz2l2ilSVpy© Utusan Melayu (M) Bhd







HARIMAU MALAYA TERUSKAN PERJUANGANMU


KITA MASIH BERPELUANG LAYAK KE PUSINGAN AKHIR PIALA ASIA 2015- MAT13


       Walaupun tewas 0-1 ditangan Bahrain di Manama Jumaat lalu, kita sebenarnya masih berperluang layak ke Pusingan Akhir Piala Asia 2015 sekurang-kurangan melalui pasukan tempat ketiga terbaik kumpulan.  Kita bermain agak baik dan dapat bertahan sehingga Bahrain menjaringkan gol pada minit ke 71 hasil kesilapan Aidil yang bermain dengan baik sebelum ini. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu memberi sokongan yang tidak berbelah bagi untuk membolehkan Malaysia mengalahkan Qatar di Stadium Shah Alam malam esok.

Oleh itu saya menyokong Safee Sali yang berang kerana dengan kenyataan  Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong yang menyatakan telah menduga kekalahan Harimau Malaya di Bahrain. Safee yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-70 telah bermain dengan bersungguh-sungguh sehingga dilayangkan kad kuning. Safee seorang pejuang sejati yang telah cuba untuk menjaringkan gol sebaik saja masuk sebagai pemain gantian. Pengulas sukan Nazzab Hizan dan Asmawi Bakiri menyalahkan K.Rajagopal kerana lewat mengubah taktikal setelah S.Kunalan tidak berfungsi sebagai sayap kiri,