KITA MASIH BERPELUANG LAYAK KE PUSINGAN AKHIR PIALA ASIA 2015- MAT13
Walaupun tewas 0-1 ditangan Bahrain di Manama Jumaat lalu, kita sebenarnya masih berperluang layak ke Pusingan Akhir Piala Asia 2015 sekurang-kurangan melalui pasukan tempat ketiga terbaik kumpulan. Kita bermain agak baik dan dapat bertahan sehingga Bahrain menjaringkan gol pada minit ke 71 hasil kesilapan Aidil yang bermain dengan baik sebelum ini. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu memberi sokongan yang tidak berbelah bagi untuk membolehkan Malaysia mengalahkan Qatar di Stadium Shah Alam malam esok.
Oleh itu saya menyokong Safee Sali yang berang kerana dengan kenyataan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong yang menyatakan telah menduga kekalahan Harimau Malaya di Bahrain. Safee yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-70 telah bermain dengan bersungguh-sungguh sehingga dilayangkan kad kuning. Safee seorang pejuang sejati yang telah cuba untuk menjaringkan gol sebaik saja masuk sebagai pemain gantian. Pengulas sukan Nazzab Hizan dan Asmawi Bakiri menyalahkan K.Rajagopal kerana lewat mengubah taktikal setelah S.Kunalan tidak berfungsi sebagai sayap kiri,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan