Ahad, 28 Julai 2013

HARIMAU MALAYA 0-5 SHONAN BELLMARE

HARIMAU MALAYA KALAH 0-5 DITANGAN SHONAN BELLMARE KELAB KEDUA TERCOROT LIGA DIVISYEN 1 JEPUN

Dua kekalahan berturut-turut dialami oleh skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K.Rajagopal dalam siri latihan dan aksi perlawanan persahabatan di Tokyo, Jepun mengundang rasa kecewa Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin. Selepas tewas 2-0 kepada pasukan tangga ke-11 Liga Divisyen 1 Jepun, Shimizu S-Pulse, Khamis lalu, skuad Rajagopal menerima aib lebih besar apabila dibelasah 5-0 oleh pasukan kedua tercorot Liga Divisyen 1 Jepun, Shonan Bellmare, samalam.[1]   
      Prestasi tidak menentu skuad Harimau Malaya  kendalian Rajagopal tampak ketara apabila sepanjang 12 perlawanan tahun ini, mereka hanya menang dua kali, seri sekali dan tewas sembilan kali, sekaligus menerbitkan rasa bimbang apakah keputusan bakal diperolehi apabila mereka berdepan kelab gergasi Sepanyol di Stadium Nasional Bukit Jalil, 10 Ogos ini.[2]
Sebelum bertolak ke Jepun Ketua Pasukan Malaysia Safiq ke mejanjikan aura kemenangan kepada pasukan kebangsaan. Safiq Rahim yang baru pulih daripada kecederaan mengatakan pasukan Harimau
 Malaya telah menunjukkan peningkatan positif semasa perlawanan menentang Chelsea lepas. Saya fikir rakyat Malaysia turut kecewa dengan keputusan ini. Sepatutnya FAM dah nampak kekurangan K.Rajagopal, oleh itu carilah jurulatih baru yang lebih baik dan berwibawa seperti yang dibuat oleh pasukan Johor JDT. Lagipun perlawanan dalam bulan puasa boleh menjejaskan prestasi pemain Harimau Malaya yang rata-rata berbangsa Melayu dan beragama Islam.






[1] Wan Fakrur Bakar dan Mohd. Fitrie Muhammad, Hamidin Pening, Berita Harian, 28 Julai 2013, hlm.55.
[2] Ibid.

Sabtu, 27 Julai 2013

PIALA MALAYSIA 2013


Tidak ambil mudah saingan Piala Malaysia

PEMAIN-PEMAIN Kelantan giat menjalani latihan di Kota Bharu sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia yang akan mengadakan undian pasukan di Kuala Lumpur, hari ini.
KOTA BHARU - Kelantan enggan mengambil mudah cabaran pasukan lain yang akan beraksi pada saingan Piala Malaysia, meskipun dilabel sebagai pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan tersebut musim ini.
Pengurus The Red Warriors, Azman Ibrahim berkata, berdasarkan pengalaman sebelum ini, saingan Piala Malaysia berbeza dengan aksi Liga Super dan Piala FA kerana pasukan yang kurang menyerlah dalam kejohanan tersebut biasanya akan menjadi pencabar utama bagi merebut kejuaraan.Beliau meramalkan pasukan dari Liga Primer seperti Sime Darby dan Sarawak mampu memberikan saingan sengit kepada pasukan utama seperti Johor Darul Takzim, Selangor, Lions XII mahupun Kelantan.[1]
"Jadi kita tidak akan mengambil mudah kemampuan setiap pasukan yang beraksi dalam saingan kali ini. Masing-masing memiliki kekuatan dan ramuan untuk menghadapi saingan kali ini.
"Bagi pasukan Kelantan, kita akan berusaha memberikan yang terbaik bagi mengekalkan kejuaraan musim lalu. Saya akui ia bukanlah tugas mudah, namun kita tetap optimis dengan kemampuan pasukan," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Azman memberitahu, meskipun berada di bulan Ramadan ia tidak menjejaskan persiapan pasukan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia.
Katanya, skuad The Red Warriors mula menjalani latihan persiapan sejak 19 Julai lalu, bermula pukul 10.30 malam bagi membolehkan barisan pemain menunaikan solat sunat tarawih.
Dalam perkembangan lain, Azman berkata, pihaknya akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan sebagai persiapan menjelang saingan berprestij itu.
"Pada 27 Julai ini kita berlepas ke Lembah Kelang untuk aksi persahabatan dengan Selangor yang akan berlangsung 1 Ogos nanti, sebelum perlawanan terakhir dengan T-team pada 5 Ogos," ujarnya.Mengulas undian Piala Malaysia yang akan berlangsung hari ini, Azman berharap pasukannya tidak berada dalam kumpulan maut sebagaimana musim lalu.Bagaimana pun katanya, Kelantan tetap bersedia untuk menghadapi cabaran meskipun diundi bersama pasukan kuat seperti Lions XII, Selangor mahupun Johor Darul Takzim.[2]






[1] Tidak Ambil Mudah Saingan Piala Malaysia, Utusan Malaysia 27 Julai 2013, hlm.35.
[2] Ibid.

Kelantan buat persiapan awal Liga Malaysia musim depan

KOTA BHARU - The Red Warriors mengesahkan akan mengikat tiga pemain kelahiran Kelantan bertaraf kebangsaan bagi memperkuatkan pasukan menghadapi saingan musim hadapan.Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, ketiga-tiga pemain berkenaan menunjukkan minat untuk kembali menyarung jersi Kelantan musim hadapan.Beliau berkata, proses rundingan perpindahan telah pun selesai bagi membolehkan mereka beraksi bersama The Red Warriors musim depan.Menurutnya, perpindahan mereka akan bermula musim depan selepas kontrak tamat pada akhir Oktober ini.[1]
"Kini, mereka dalam proses menyelesaikan urusan bersama pasukan masing-masing dan kita mengalu-alukan kedatangan mereka menyertai pasukan Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa The Red Warriors bersama 800 warga tentera 8 Briged di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, kelmarin.
Antara nama yang dikaitkan dengan perpindahan tersebut ialah pemain kelahiran Tumpat, Mohd Nazrin Mohd Nawi yang sebelum ini mendapat tawaran lumayan dari pasukan selatan tanah air.
Ditanya mengenai status pemilihan Nazrin, Annuar berkata, meskipun ditawarkan gaji yang lumayan oleh pasukan lain, namun bagi pemain ada ketikanya mereka lebih berminat menyertai pasukan baharu yang dapat memberi kepuasan bekerja.
"Perpindahan pemain adalah perkara biasa, dan mereka (pemain) sendiri mempunyai sasaran untuk memasuki mana-mana pasukan tanpa hanya melihat pada gaji yang ditawarkan, ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Annuar memberitahu, KAFA mahu meremajakan semula pasukan bola sepak Kelantan dengan mengambil pemain yang lebih muda sekitar usia 25 tahun.
Katanya, ia bagi memastikan prestasi dan stamina pemain dapat dipertingkatkan bagi membantu Kelantan memenangi semula kejuaraan-kejuaraan sebelum ini."Tahun ini, kita hanya berjaya mengekalkan satu daripada tiga piala yang dimenangi musim lalu, iaitu Piala FA.''Jadi kita mahu pemain-pemain muda ini dapat membantu menaikkan kembali prestasi pasukan," tegasnya.[2]





[1] Yatimin Abdullah, Kelantan Buat Persiapan Awal Liga Malaysia Musim Depan, Utusan Malaysia 27 Julai 2013, hlm.35.
[2] ibid

Buruan Suarez mudah buat Arsenal



LUIS Suarez cuba mencari jalan keluar berkaitan pertelingkahan kontrak dengan Liverpool agar perpindahan ke Emirates dapat diselesaikan dengan harga lebih RM197 juta. - AFP
LONDON - Arsenal kini berada di kedudukan teratas untuk menandatangani Luis Suarez selepas Real Madrid menarik diri daripada terus memburu pemain tersebut.
Kini, Suarez dan ejennya akan cuba mencari jalan keluar berkaitan pertelingkahan kontrak dengan Liverpool agar perpindahan ke Emirates dapat diselesaikan dengan harga lebih 40 juta pound (RM197 juta).Sumber Madrid mendakwa pengurus baharu Bernabeu, Carlo Ancelotti memutuskan bahawa dia tidak lagi memerlukan khidmat seorang lagi penyerang, walaupun Gonzalo Higuain telah dijual kepada Napoli minggu ini.[1]
Ancelotti percaya dia sudah pun memiliki jentera serangan yang mencukupi menerusi gandingan Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema.
Bekas bos Chelsea itu juga mahu memberi lebih banyak peluang kepada bintang bawah 21 tahun kelab tersebut iaitu Jese Rodriguez dan Alvaro Morata.
Sumber dalaman kelab memberitahu akhbar sukan Marca: "Kami percaya bahawa Jese dan Morata layak diberi peluang ini. Mereka juga amat bagus. Kami tidak akan menandatangani penyerang baru."
Perkembangan terbaru tersebut meninggalkan Arsenal sebagai satu-satunya kelab yang akan memberi tekanan kepada Liverpool dan sekali gus menamatkan sebarang cubaan untuk meningkatkan bidaan.
Suarez dan Liverpool kini sedang bertelagah sama ada terdapat klausa pelepasan yang tercatat dalam kontrak pemain tersebut.
Pada 2007, penyerang itu telah mengheret kelab Belanda, Groningen ke mahkamah timbang tara setelah pasukan tersebut enggan menjualnya kepada Ajax.
Walaupun, pemain itu tewas, dia masih dapat berpindah pada hari yang sama setelah Ajax meningkatkan tawaran mereka. - AGENSI[2]

Jumaat, 26 Julai 2013

'Pemain senior masih bagus

KUALA LUMPUR - Aksi cemerlang yang ditampilkan oleh beberapa muka baharu dalam dua perlawanan persahabatan, baru-baru ini masih belum cukup untuk memikat hati pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal untuk diserapkan dalam senarai kesebelasan utama.

Masih yakin dengan kelibat pemain-pemain senior, dia mendedahkan masih belum ada tempat secara automatik buat mereka tetapi tidak mahu bersikap terus menutup pintu kepada mereka jika mampu menampilkan rentak konsisten dalam beberapa perlawanan persahabatan yang diadakan di Jepun ini.
Bakal berdepan kelab J-League 1, Shimizu S-Pulse hari ini, Rajagobal berkata, dia sebagai jurulatih, lebih arif mana pemain yang wajar diturunkan dalam perlawanan itu nanti.
"Kita kena faham ini adalah perlawanan persahabatan dan ini adalah masa terbaik buat saya menguji semua pemain dan kalau ada yang menyerlah, mereka mungkin boleh menjadi pilihan terbaharu untuk menentang Bahrain nanti.
"Memang ada pemain baharu yang menyertai kami bermain cukup baik tetapi bila menjelang aksi sebenar di pentas antarabangsa, pemain yang lebih senior dan berpengalaman selalunya tidak menghampakan saya jika diberikan peluang.
"Saya tahu pemain mana yang boleh diharapkan bila tiba perlawanan sebenar," katanya.
Apa yang diperkatakan oleh Rajagobal itu pasti menjadi satu cabaran besar kepada buat pemain-pemain seperti Mohd. Nizad Ayub, Mohd. Nazrin Mohd. Nawi dan Junior Eldstal untuk menyarung jersi kebangsaan pada masa akan datang biarpun telah menunjukkan prestasi terpuji semasa perlawanan persahabatan berdepan Chonburi F.C dan Chelsea minggu lalu.
Apatah lagi bukan semua pemain senior dalam skuad pada waktu ini berada di tahap terbaik seperti Safee Sali, Mohd. Shakir Shaari dan Ahmad Fakri Saarani, namun ia masih belum mencukupi memenangi kepercayaan Rajagobal.[1]
Jelasnya, bertemu Shimizu yang merupakan kelab dari liga utama Jepun, bukanlah sesuatu yang mudah tambahan kebanyakan pemainnya masih kepenatan melalui dua perlawanan dalam seminggu yang lalu.
"Perlawanan esok bukan mudah..kita akan bertemu pasukan dari J-League, tambahan sedang berpuasa lagi, saya bukan hendak memberi alasan tetapi inilah realiti pasukan kita sekarang.
"Kita juga menghadapi dua perlawanan dalam masa terdekat ditambah dengan menaiki penerbangan dari Malaysia ke Jepun, pemain saya tidak berada di tahap kecergasan yang dikehendaki," katanya.
Shimizu S-Pulse kini menduduki di tangga ke-11 J-League daripada 18 pasukan dengan 22 mata dari 17 perlawanan dan pada perlawanan terakhir, kelab yang dibimbing pengurus dari Iran, Afshin Ghotbi itu seri 2-2 bertemu Kashiwa Reyol pada 17 Julai lalu.
Juara Piala Liga Juara-Juara Asia tahun 1999/2000 itu diperkuatkan dengan beberapa pemain import seperti pertahanan dari Belanda, Calvin Jong-A-Pin serta dua pemain Korea Selatan, Lee Minsoo dan Lee Kije.
Selepas itu, Harimau Malaya dijadual bertemu Shonan Bellmare pada hari Sabtu sebelum menutup tirai aksi persahabatan di Jepun dengan menentang kelab J League 2, Tokyo Verdy, pada 31 Julai.[2]






[1] Ferzalfie Fauzi dan Muhammad Dayne Azmin,Bukan Pilihan menonjol, Utusan Malaysia 23 Julai, 2013, hlm.31.
[2] Ibid.

Norfarhan Wira Piala FA 2013


MESSI, NEYMAR SAH DATANG MALAYSIA

Penganjur sasar jual 87,000 tiket aksi Barca

Kuala Lumpur: Jualan tiket perlawanan persahabatan antara Malaysia XI dan Barcelona agak perlahan tetapi Pengarah Urusan BSC Soccer (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah selaku promoter perlawanan itu yakin ia akan meningkat menjelang tarikh perlawanan.

Setakat ini 10,000 keping tiket sudah terjual secara online manakala 10,000 lagi dibeli secara pukal,” kata Effendi pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perlawanan Persahabatan Antarabangsa antara Malaysia XI dan Barcelona FC di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.[1] 
Messi, Neymar dalam senarai 


“Biasanya peminat di sini akan membeli di saat-saat akhir, dan saya rasa sasaran untuk menarik 87,000 penonton menyaksikan pasukan terbaik dunia beraksi secara langsung, bukan sesuatu yang mustahil.” Effendi turut menjanjikan tidak ada perubahan dalam senarai pasukan utama Barcelona yang akan datang ke Malaysia di mana nama-nama besar seperti Lionel Messi dan Neymar turut tersenarai. 

       Perlawanan pada 10 Ogos itu akan tetap diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas pemeriksaan ke atas gelanggang berkenaan semalam memuaskan hati jawatankuasa pengelola perlawanan. “Kita dah dapat jaminan daripada pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil dan menurut pakar mereka, keadaan rumput akan mencapai tahap terbaik dalam tempoh 10 hari ini,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Tiket berharga RM98, RM168, RM208, RM288, RM388 dan RM688 boleh didapati di laman www.ilassotickets.com.
[2] Saya harap rakyat Malaysia terus memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya sebagai tanda anda rakyat Malaysia yang cintakan negara.
       





[1]Berita Harian, 27 Julai 2013, hlm.67.
[2] Ibid.

BARCELONA TAK PUAS HATI PADANG STADIUM NASIONAL.


KUALA LUMPUR - Isu kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang kurang memuaskan timbul lagi dan kali ini melibatkan aksi berprofil tinggi iaitu perlawanan persahabatan Malaysia-Barcelona 10 Ogos ini.
Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin, yang berkata, berdasarkan kunjungan pertama wakil kelab Catalan itu yang memeriksa padang di Stadium Nasional, mereka ternyata tidak berpuas hati.
Begitupun Hamidin tetap optimis bahawa masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin dengan jaminan telah diberikan pihak Perbadanan Stadium Merdeka ia akan memperbaikinya dalam tempoh 10 hari.
"Wakil dari Barcelona yang memeriksa padang baru-baru tidak gembira tetapi saya yakin perkara ini dapat diatasi secepat mungkin.
"Keadaan padang akan cuba diselenggara dengan baik dalam masa 10 hari dan saya jamin ia akan berada pada tahap terbaik bagi menghadapi Barcelona nanti, jangan bimbang," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola perlawanan persahabatan Malaysia dan Barcelona, semalam.[1]
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif BSC Soccer Malaysia, Effendi Jagan Abdullah dan Ketua Jawatankuasa Ekekutif iM4U, Datuk Irmohizam Ibrahim.
Masalah padang Stadium Nasional bukanlah isu baru kerana saban tahun masalah itu menjadi perhatian setiap kali perlawanan-perlawanan penting dianjurkan.
Kebanyakan pasukan tidak berpuas hati dengan kualiti padang kerana rumputnya yang mudah tercabut kerana menggunakan rumput jenis 'Marimo Paspalum'.
Pertahanan Kelantan, S. Subramaniam tahun lalu pernah menyifatkan keadaan padang di Stadium Nasional cukup keras bagaikan beraksi di atas batu semasa dia membantu pasukannya pada saingan Piala AFC berdepan kelab Vietnam, Navibank Saigon.
Hamidin mengesahkan Barcelona akan tiba di Kuala Lumpur pada 8 Ogos, iaitu pada hari raya pertama dan akan menjalani latihan terbuka di Stadium Nasional pada keesokannya pada pukul 7.30 malam.
"Barcelona akan mengadakan latihan secara tertutup di Stadium Shah Alam dan akan menemui peminat ketika latihan terbuka di Stadium Nasional dari pukul 7.30 hingga 8.30 malam," katanya.
Setakat ini kira-kira 15,000 tiket telah terjual dengan pihak penganjur mensasarkan semua 87,000 tiket akan terjual.
Semua pemain utama Barcelona akan tiba ke Kuala Lumpur termasuk pengurus baru, Gerardo 'Tata' Martino.[2]





[1] Muhammad Dayne Azmin, Barcelona Tak Puas Hati Padang Stadium Nasional, Utusan Malaysia 27 Julai 2013, hlm.39.
[2] Ibid.

PIYA HARAP KELANTAN ELAK KUMPULAN MAUT.


KOTA BHARU - "Saya harap Kelantan tidak lagi diundi dalam kumpulan maut pada saingan Piala Malaysia musim ini."
Itu harapan ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi atau Piya mengenai mengenai harapannya menjelang majlis pengundian Piala Malaysia 2013 yang akan berlangsung di Menara Telekom Malaysia (TM) di Kuala Lumpur, esok.
Piya berkata, jika boleh dia mahu mengelak diundi bersama pasukan kuat dalam saingan kali ini seperti mana musim lalu apabila Kelantan berdepan Terengganu, Kedah dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada peringkat kumpulan.
Namun, katanya dia sedar tidak dapat menolak apa jua keputusan undian.
"Kita tak tahu lagi siapa lawan kita, saya harap Kelantan tidak akan berdepan situasi seperti mana musim lalu.
"Bagaimanapun sekiranya diundi bersama pasukan kuat seperti ATM atau Terengganu, kita bersedia untuk menghadapi mereka," katanya kepada pemberita di sini.
Piya yang sebelum ini terlepas aksi persahabatan bersama skuad kebangsaan ekoran masalah kecederaan pangkal paha, mulai menjalani latihan ringan bersama The Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad IV.
Piya memberitahu, proses pemulihan kecederaan yang dialaminya mula menampakkan perkembangan positif daripada sebelum ini.
Katanya, meskipun masih belum mampu menendang bola ketika menjalani latihan bersama Kelantan sepanjang Ramadan ini, namun dia berharap kecederaan tersebut dapat pulih sepenuhnya menjelang perlawanan pertama dalam saingan Piala Malaysia nanti.
"Mengikut laporan fisioterapi, tahap kecederaan saya untuk pulih telah mencapai 70 peratus. Saya sudah boleh berlari dan melakukan pecutan tetapi hendak menyepak bola rasanya belum boleh lagi," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Piya meramalkan pasukannya berdepan tugas sukar untuk mempertahankan kejuaraan kerana pasukan seperti Terengganu, Selangor dan Johor Darul Takzim (Johor DT) dilihat mampu memberi cabaran sengit pada kempen kali ini.
"Selangor pasti mencanangkan Misi 33 mereka, begitu juga Terengganu dan Johor DT memang cukup kuat.
"Jika Kelantan dapat masuk final lagi, kami harap dapat jumpa skuad kendalian Fandi Ahmad, rasanya tak puas bertemu mereka dalam perlawanan akhir Piala FA bulan lalu," ujarnya.[1]




[1] Yatiman Abdullah, Piya Harap Kelantan Elak Kumpulan Maut, Utusan Malaysia, 26 Julai 2013, hlm.39.

Harimau Malaya Kalah Lagi


Prestasi skuad Harimau Malaya sekali lagi mencetuskan keresahan selepas tewas 0-2 kepada kelab Divisyen Satu Jepun, Shimizu S Pulse pada perlawanan persahabatan di Tokyo malam tadi. Kekalahan itu menjejaskan persiapan skuad kendalian Datuk K.Rajagopal itu yang mencari rentak terbaik bagi mengharungi aksi kelayakan Piala Asia menentang Bahrain dalam saingan peringkat Kumpulan D pada 15 Ogos depan.[1]
 
       Skuad negara berjaya mengikat Shimizu tanpa jaringan pada babak pertama tetapi tuan rumah akhirnya mendahului menerusi pemain tengah Jumpei Takaki hasil jaringan pada minit ke-48. Yasuhiro Hiraoka menggandakan kelebihan pada minit ke-74 dan Harimau Malaya yang masih kepenatan sebaik sahaja tiba di Jepun semalam terus buntu dalam usaha mendapatkan jaringan.[2]



[1]Harimau Malaya Dibelasah Kelab Jepun, Kosmo 26 Julai, 2013, hlm.72.
[2] Malaysia Kalah Kepada Kelab Jepun, Utusan Malaysia 26 Julai 2013.


Selasa, 23 Julai 2013

RANGKING PENTING UNTUK KEMAJUAN BOLASEPAK NEGARA

RANGKING PENTING UNTUK KEMAJUAN BOLASEPAK NEGARA

RANGKING PENTING UNTUK KEMAJUAN BOLASEPAK NEGARA

Seremban: Mahu atau tidak, pengurus dan jurulatih Harimau Malaya - Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk K Rajagobal - mulai hari ini harus segera mengubah pendirian serta falsafah mereka mengenai kedudukan ranking.

Ini kerana selepas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan ranking penting, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut senada. 
Khairy menegaskan mana-mana pasukan di dunia jelas memburu kedudukan terbaik dari segi ranking kerana itu adalah penilaian sebenar terhadap sesebuah pasukan kebangsaan. "Kita dapati mana-mana pasukan kebangsaan yang berjaya di kejohanan besar menduduki tangga atau ranking yang tinggi di dunia, jadi tidak boleh kita katakan bahawa kedudukan kita dalam ranking dunia tidak penting.

"Saya setuju bahawa kedudukan itu bukan segala-galanya kerana jika dapat ranking nombor satu tidak semestinya menang Piala Dunia, tetapi ia ada persamaannya iaitu negara yang tinggi ranking akan berjaya dalam kejohanan besar atau bertaraf antarabangsa.[1]

       Menurut Khairy, walaupun FAM dan Rajagopal hendak mengurangkan  perlawanan  persahabatan berstatus A atau menyifatkan mencukupi sekadar bermain dengan pasukan bersatus amatur ketika membuat persiapan menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2015, akhirnya rakyat akan menilai pasukan kebangsaan melalui rangking semasa.[2]




[1] Mohd Amin Jalil, FAM Dituntut Baiki Rangking, Berita Harian, 22 Julai, 2013, hlm.48.
[2] Mohd Amin Jalil, Rangking Dunia Penting: Khairy, Harian Metro, 22 Julai 2013, hlm.55. 

Fadhli tidak percaya tewaskan Cech


Pemain-pemain Malaysia meraikan kejayaan Fadhli Shas (tiga dari kiri) menjaringkan gol tunggal pasukan kebangsaan menentang Chelsea dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, kelmarin.
SHAH ALAM - Penjaring gol tunggal Harimau Malaya, Mohd. Fadhli Shas, merasakan dia bagaikan bermimpi dapat menjaringkan gol dengan menewaskan penjaga gol nombor satu Chelsea, Peter Cech dalam perlawanan siri Jelajah Asia 2013 di Stadium Shah Alam.
Walaupun jaringan itu tidak mampu menghalang kemenangan selesa The Blues ke atas Malaysia, Fadhli mengakui tidak akan melupakan jaringan terbabit yang merupakan gol sulungnya bersama pasukan kebangsaan.
Tambahnya, dia sentiasa berusaha untuk menjaringkan gol sebelum ini terutama pada situasi bola mati, namun nasib tidak pernah menyebelahinya dan rezeki dia akhirnya hadir pada perlawanan menentang Chelsea.
"Selalu pada situasi sepakan penjuru atau sepakan percuma, saya selalu bergerak masuk ke dalam kotak penalti tetapi tidak pernah dapat menjaringkan gol dalam kebanyakan perlawanan sebelum ini.
"Saya tertanya pada diri saya sama ada saya bermimpi atau tidak kerana macam tidak percaya dapat menewaskan Peter Cech dan cukup teruja perasaan ini apabila mampu menjaringkan gol yang cukup bermakna sepanjang karier.
"Gol itu akan dikenang sampai bila-bila dan saya anggap itu satu rezeki cukup berharga kerana sebelum perlawanan pun memang langsung tidak terfikir untuk menjaringkan sebarang gol," katanya yang ditemui selepas perlawanan.
Fadhli Shas memastikan gol sagu hati buat Malaysia hadir pada masa kecederaan selepas sepakan percuma yang diambil Safiq Rahim gagal ditampan kemas oleh Cech dan pemain kelahiran Lumut, Perak itu menanduk masuk bola muntah yang hadir di depannya.
Gol itu sekurang-kurangnya menjadi pengubat duka selepas melihat empat gol Harimau Malaysia bocor melalui jaringan Bertrand Traore, Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku dan Victor Moses setelah 60 peratus permainan dikuasai Chelsea.
Pada masa sama, Fadhli mendedahkan sebagai pemain pertahanan, perlawanan menentang kelab bimbingan Jose Mourinho itu satu pengalaman yang cukup bermakna kerana dapat berdepan penyerang-penyerang berkelas dunia seperti Demba Ba dan Lukaku.
"Memang dapat banyak pengajaran berguna dalam perlawanan ini iaitu tentang bagaimana berdepan dengan penyerang seperti Demba Ba dan Lukaku, jelas mereka begitu pantas dan fizikal mereka memang kuat.
"Saya rasa seronok dapat pendedahan sebegini kerana sekurang-kurangnya memberikan satu ilmu baru dan mematangkan lagi tahap permainan saya di masa akan datang," katanya.[1]

Perlawananan Persahabatan Antarabangsa

16 Julai 2013 (Selasa) Malaysia 0-0 Chonburi FC (Thailand)

Senarai Pemain: 1 Farizal Marlias, 3 Azizi Matt Rose (6 Amiridzwan Taj Tajudin 63'), 4 Asraruddin Putra Omar (21 Mohd Zubir Azmi 82'), 7 Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak (C), 12 Ahmad Shakir Shaari (5 Putera Nadher Amarhan 79'), 13 Ahmad Fakri Saarani (20 Mohd Nizad Ayub 46', 10 Mohd Safee Sali 85'), 15 K. Gurusamy (25 Nazmi Faiz Mansor 67'), 16 S. Kunanlan (9 Norshahrul Idlan Talaha 63'), 17 Mohd Amri Yahyah (11 Nazrin Nawi 63'), 19 Mohd Norfarhan Muhammad (14 Christie Jayaseelan 46',26 Ashari Samsuddin 85'), 24 Nik Mohd Shahrul Azim


Simpanan: 5 Putera Nadher Amarhan, 6 Amiridzwan Taj Tajudin, 9 Norshahrul Idlan Talaha, 10 Mohd Safee Sali, 11 Nazrin Nawi, 14 Christie Jayaseelan, 20 Mohd Nizad Ayub, 21 Mohd Zubir Azmi, 23 Norazlan Razali, 25 Nazmi Faiz Mansor, 26 Ashari Samsuddin

Tidak Bermain: 2 Mahalli Jasuli, 2
Jetua Jurulatih: Datuk K. Rajagobal- Sumber 
http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/