Tidak ambil mudah saingan Piala Malaysia
PEMAIN-PEMAIN Kelantan giat menjalani latihan di Kota
Bharu sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia yang akan mengadakan
undian pasukan di Kuala Lumpur, hari ini.
KOTA BHARU - Kelantan enggan mengambil mudah cabaran
pasukan lain yang akan beraksi pada saingan Piala Malaysia, meskipun dilabel
sebagai pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan tersebut musim ini.
Pengurus The Red Warriors, Azman Ibrahim
berkata, berdasarkan pengalaman sebelum ini, saingan Piala Malaysia berbeza
dengan aksi Liga Super dan Piala FA kerana pasukan yang kurang menyerlah dalam
kejohanan tersebut biasanya akan menjadi pencabar utama bagi merebut kejuaraan.Beliau
meramalkan pasukan dari Liga Primer seperti Sime Darby dan Sarawak mampu
memberikan saingan sengit kepada pasukan utama seperti Johor Darul Takzim,
Selangor, Lions XII mahupun Kelantan.[1]
"Jadi kita tidak akan mengambil mudah kemampuan
setiap pasukan yang beraksi dalam saingan kali ini. Masing-masing memiliki
kekuatan dan ramuan untuk menghadapi saingan kali ini.
"Bagi pasukan Kelantan, kita akan berusaha
memberikan yang terbaik bagi mengekalkan kejuaraan musim lalu. Saya akui ia
bukanlah tugas mudah, namun kita tetap optimis dengan kemampuan pasukan,"
katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Azman memberitahu, meskipun berada di bulan Ramadan ia
tidak menjejaskan persiapan pasukan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia.
Katanya, skuad The Red Warriors mula
menjalani latihan persiapan sejak 19 Julai lalu, bermula pukul 10.30 malam bagi
membolehkan barisan pemain menunaikan solat sunat tarawih.
Dalam perkembangan lain, Azman berkata, pihaknya akan
mengadakan tiga perlawanan persahabatan sebagai persiapan menjelang saingan
berprestij itu.
"Pada 27 Julai ini kita berlepas ke Lembah Kelang
untuk aksi persahabatan dengan Selangor yang akan berlangsung 1 Ogos nanti,
sebelum perlawanan terakhir dengan T-team pada 5 Ogos," ujarnya.Mengulas
undian Piala Malaysia yang akan berlangsung hari ini, Azman berharap pasukannya
tidak berada dalam kumpulan maut sebagaimana musim lalu.Bagaimana pun katanya,
Kelantan tetap bersedia untuk menghadapi cabaran meskipun diundi bersama
pasukan kuat seperti Lions XII, Selangor mahupun Johor Darul Takzim.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan