KOTA BHARU - The Red Warriors mengesahkan akan mengikat
tiga pemain kelahiran Kelantan bertaraf kebangsaan bagi memperkuatkan pasukan
menghadapi saingan musim hadapan.Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa
berkata, ketiga-tiga pemain berkenaan menunjukkan minat untuk kembali menyarung
jersi Kelantan musim hadapan.Beliau berkata, proses rundingan perpindahan telah
pun selesai bagi membolehkan mereka beraksi bersama The Red Warriors musim
depan.Menurutnya, perpindahan mereka akan bermula musim depan selepas kontrak
tamat pada akhir Oktober ini.[1]
"Kini, mereka dalam proses menyelesaikan urusan
bersama pasukan masing-masing dan kita mengalu-alukan kedatangan mereka
menyertai pasukan Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis
berbuka puasa The Red Warriors bersama 800 warga tentera 8
Briged di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, kelmarin.
Antara nama yang dikaitkan dengan perpindahan tersebut
ialah pemain kelahiran Tumpat, Mohd Nazrin Mohd Nawi yang sebelum ini mendapat
tawaran lumayan dari pasukan selatan tanah air.
Ditanya mengenai status pemilihan Nazrin, Annuar berkata,
meskipun ditawarkan gaji yang lumayan oleh pasukan lain, namun bagi pemain ada
ketikanya mereka lebih berminat menyertai pasukan baharu yang dapat memberi
kepuasan bekerja.
"Perpindahan pemain adalah perkara biasa, dan mereka
(pemain) sendiri mempunyai sasaran untuk memasuki mana-mana pasukan tanpa hanya
melihat pada gaji yang ditawarkan, ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Annuar memberitahu, KAFA mahu
meremajakan semula pasukan bola sepak Kelantan dengan mengambil pemain yang
lebih muda sekitar usia 25 tahun.
Katanya, ia bagi memastikan prestasi dan stamina pemain
dapat dipertingkatkan bagi membantu Kelantan memenangi semula
kejuaraan-kejuaraan sebelum ini."Tahun ini, kita hanya berjaya mengekalkan
satu daripada tiga piala yang dimenangi musim lalu, iaitu Piala FA.''Jadi kita
mahu pemain-pemain muda ini dapat membantu menaikkan kembali prestasi
pasukan," tegasnya.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan