LUIS Suarez cuba mencari
jalan keluar berkaitan pertelingkahan kontrak dengan Liverpool agar perpindahan
ke Emirates dapat diselesaikan dengan harga lebih RM197 juta. - AFP
LONDON - Arsenal kini
berada di kedudukan teratas untuk menandatangani Luis Suarez selepas Real
Madrid menarik diri daripada terus memburu pemain tersebut.
Kini, Suarez dan ejennya
akan cuba mencari jalan keluar berkaitan pertelingkahan kontrak dengan
Liverpool agar perpindahan ke Emirates dapat diselesaikan dengan harga lebih 40
juta pound (RM197 juta).Sumber Madrid mendakwa pengurus baharu Bernabeu, Carlo
Ancelotti memutuskan bahawa dia tidak lagi memerlukan khidmat seorang lagi
penyerang, walaupun Gonzalo Higuain telah dijual kepada Napoli minggu ini.[1]
Ancelotti percaya dia sudah
pun memiliki jentera serangan yang mencukupi menerusi gandingan Cristiano
Ronaldo dan Karim Benzema.
Bekas bos Chelsea itu juga
mahu memberi lebih banyak peluang kepada bintang bawah 21 tahun kelab tersebut
iaitu Jese Rodriguez dan Alvaro Morata.
Sumber dalaman kelab
memberitahu akhbar sukan Marca: "Kami percaya bahawa Jese dan Morata layak
diberi peluang ini. Mereka juga amat bagus. Kami tidak akan menandatangani
penyerang baru."
Perkembangan terbaru
tersebut meninggalkan Arsenal sebagai satu-satunya kelab yang akan memberi
tekanan kepada Liverpool dan sekali gus menamatkan sebarang cubaan untuk
meningkatkan bidaan.
Suarez dan Liverpool kini
sedang bertelagah sama ada terdapat klausa pelepasan yang tercatat dalam
kontrak pemain tersebut.
Pada 2007, penyerang itu
telah mengheret kelab Belanda, Groningen ke mahkamah timbang tara setelah
pasukan tersebut enggan menjualnya kepada Ajax.
Walaupun, pemain itu tewas,
dia masih dapat berpindah pada hari yang sama setelah Ajax meningkatkan tawaran
mereka. - AGENSI[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan