KOTA
BHARU - "Saya harap Kelantan tidak lagi diundi dalam kumpulan maut pada
saingan Piala Malaysia musim ini."
Itu
harapan ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi atau Piya mengenai mengenai
harapannya menjelang majlis pengundian Piala Malaysia 2013 yang akan
berlangsung di Menara Telekom Malaysia (TM) di Kuala Lumpur, esok.
Piya
berkata, jika boleh dia mahu mengelak diundi bersama pasukan kuat dalam saingan
kali ini seperti mana musim lalu apabila Kelantan berdepan Terengganu, Kedah
dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada peringkat kumpulan.
Namun,
katanya dia sedar tidak dapat menolak apa jua keputusan undian.
"Kita
tak tahu lagi siapa lawan kita, saya harap Kelantan tidak akan berdepan situasi
seperti mana musim lalu.
"Bagaimanapun
sekiranya diundi bersama pasukan kuat seperti ATM atau Terengganu, kita
bersedia untuk menghadapi mereka," katanya kepada pemberita di sini.
Piya
yang sebelum ini terlepas aksi persahabatan bersama skuad kebangsaan ekoran
masalah kecederaan pangkal paha, mulai menjalani latihan ringan bersama The Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad IV.
Piya
memberitahu, proses pemulihan kecederaan yang dialaminya mula menampakkan
perkembangan positif daripada sebelum ini.
Katanya,
meskipun masih belum mampu menendang bola ketika menjalani latihan bersama
Kelantan sepanjang Ramadan ini, namun dia berharap kecederaan tersebut dapat
pulih sepenuhnya menjelang perlawanan pertama dalam saingan Piala Malaysia
nanti.
"Mengikut
laporan fisioterapi, tahap kecederaan saya untuk pulih telah mencapai 70
peratus. Saya sudah boleh berlari dan melakukan pecutan tetapi hendak menyepak
bola rasanya belum boleh lagi," ujarnya.
Dalam
perkembangan lain, Piya meramalkan pasukannya berdepan tugas sukar untuk
mempertahankan kejuaraan kerana pasukan seperti Terengganu, Selangor dan Johor
Darul Takzim (Johor DT) dilihat mampu memberi cabaran sengit pada kempen kali
ini.
"Selangor
pasti mencanangkan Misi 33 mereka, begitu juga Terengganu dan Johor DT memang
cukup kuat.
"Jika
Kelantan dapat masuk final lagi, kami harap dapat jumpa skuad
kendalian Fandi Ahmad, rasanya tak puas bertemu mereka dalam perlawanan akhir
Piala FA bulan lalu," ujarnya.[1]
[1]
Yatiman Abdullah, Piya Harap Kelantan Elak Kumpulan Maut, Utusan Malaysia, 26
Julai 2013, hlm.39.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan