Ahad, 8 September 2013

A.Thamil Arasu

A.Thamil Arasu Penyerang Harimau Muda A – Oleh Ahmad Yaakob

Thamil Arasu Ambumamee adalah Pemain Bola Sepak Malaysia berasal dari Banting, Selangor  yang bermain  di bahagian Penyerang untuk pasukan Harimau Muda A.Beliau pernah dipanggil untuk bermain untuk pasukan Kebangsaan Malaysia pada 22 November 2010 untuk Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 (Piala AFF Suzuki 2010. ) selepas  Ahmad Fakri Saarani telah cedera. Tetapi kemudian, Thamil tidak termasuk di skuad akhir 22 orang pemain bagi Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 (Piala Suzuki AFF 2010). Kini A. Tamil Arasu mewakili Pasukan Harimau Muda A dalam kejohanan Bolasepak Pestabola Merdeka. Dalam perlawanan pertama menentang Singapura bawah 23 beliau menjaringkan gol kemenangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan