Jumaat, 6 September 2013

Tiga pasukan lawan letak Harimau Muda A sebagai pasukan pilihan Pestabola Merdeka ke-41

Kuantan: Perang psikologi menjelang saingan Pestabola Merdeka sudah bermula dengan ketiga-tiga pasukan lawan menyembunyikan kekuatan masing-masing sambil meletakkan tuan rumah sebagai pasukan pilihan.Malaysia yang diletakkan sebagai pasukan pilihan, membuka tirai kejohanan menentang Singapura di Stadium Darul Makmur jam 5.30 petang ini mampu muncul juara berdasarkan tempoh persiapan lebih lama berbanding lawannya termasuk Myanmar dan Thailand. 

Namun, bagi pengendali skuad bawah 23 negara, Ong Kim Swee dia tidak mahu melayan cakap-cakap di luar padang sebaliknya akan memberi tumpuan kepada persembahan anak buahnya pada perlawanan pembukaan menentang Singapura hari ini. “Saya tidak mahu memikirkan mengenai pasukan lawan.“Mereka akan cuba meletakkan tekanan dengan pelbagai andaian tetapi apa yang penting persembahan kita nanti.

Hala tuju pasukan


“Saya sudah bersedia dengan situasi sebegini dan pemain juga faham apa yang perlu dilakukan, tempoh 90 minit esok (hari ini) akan menjadi penentu kepada hala tuju kita dalam kejohanan ini,” katanya pada sidang media semalam. Kejohanan bola sepak tertua di Asia itu kembali menghiasi kalendar sukan negara tahun ini selepas kali terakhir dianjurkan pada 2008.Buat julung kali edisi ke-41 kejohanan tahun ini diadakan di luar Kuala Lumpur dan hanya disertai oleh empat negara Asean iaitu Singapura, Thailand, Myanmar dan Malaysia selaku tuan rumah.Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), selaku penganjur, mempelawa skuad bawah 23 tahun Maynmar bagi menggantikan Jordan yang menarik diri daripada kejohanan yang penuh nostalgia itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan