Sabtu, 7 September 2013

RAMALAN PERLAWANAN PERTAMA PESTABOLA MERDEKA

Ramalan Malaysia vs Singapura - oleh Ahmad Yaakob.
Perlawanan pertama Pestabola Merdeka ke-41 antara Malaysia dan Singapura akan berlangsung di Stadium Darul Makmur pada pukul 5.30 petang. perlawanan ini akan disiarkan secara langsung oleh TV9, Astro 119. Kieran meramalkan Malaysia kan menang 2-1. Tetapi berdasarkan kemampuan Pasukan B-23 bimbingan Ong Kim Swee yang telah banyak menimba pengalaman di Eropah saya yakin Malaysia akan menang 3-1. Keyakinan ini berdasarkan kepada kemasukan pemain luar di dalam skuad Ong Kim Swee seperti Wan Zach Haikal Wan Noor yang bermain bersama Kelab FC Ryukyu Jepun.

       Kekuatan Pasukan Bawah 23 Malaysia semakin bertambah apabila Ong Kim Swee memanggil pemain luar seperti Mohammad Nasir Basharuddin (Perak), S.Sivanesan yang menjaringkan 5 gol dalam Piala Malaysia (Negeri Sembilan), Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim (Kelantan), Mphd Zubir Mohd Azmi (Terengganu), Putera Nadher Amarhan Maderner (Sarawak), K.Reuben (ATM) dan Muhamad Nazmi Faiz Mansor PKNS Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan